Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

Terkejut! Tersebar Foto Adik Andy Lau Yang Menjadi Tumpuan Ramai

Hal ini disebabkan penampilan Lau Tak Shing yang jauh berbeza dan tidak serupa seperti Andy Lau.

by Naddy Joe
May 7, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini telah tersebar foto adik lelaki kepada aktor terkenal Hong Kong, Andy Lau , iaitu Lau Tak Shing yang mengejutkan orang ramai. Hal ini disebabkan penampilan Lau Tak Shing yang jauh berbeza dan tidak serupa seperti Andy Lau.

Disebabkan penampilan Lau Tak Shing yang tidak kemas, Andy Lau dituduh tidak memberikan perhatian terhadap keluarga dan mengabaikannya. Anda ingin tahu bagaimanakah rupa adik kepada Andy Lau? Scroll sampai habis okay!

Penampilan Adik Andy Lau Menjadi Tumpuan

Foto penampilan adik kepada Andy Lau yang tersebar di internet telah menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja kemunculan adik Andy Lau yang menjadi tumpuan. Penampilan Lau Tak Shing yang dianggap sangat berbeza dengan Andy Lau turut menjadi perbualan ramai.

via Today Online

Dipetik dari Today Online, Lau Tak Shing dilihat berpenampilan lusuh dan tidak terurus. Dia dilihat hanya memakan t-shirt berwarna coklat yang simple, seluar khaki, dan beg di penggang berwarna hitam. Adik kepada Andy Lau turut dilihat seperti menyembunyikan diri dari wartawan dengan mengenakan topi berwarna gelap.

Penampilan Lau Tak Shing yang kelihatan lusuh dan selekeh ini membuatkan netizen menuding jari kepada Andy Lau kerana tidak memerhatikan adiknya. Aktor filem Shock Wave turut dituduh tidak menguruskan keluarga setelah tersebar foto Lau Tak Shing yang selekeh.

Ternyata Memiliki Kekayaan Luar Biasa

Walaubagaimanapun, Andy Lau dan Lau Tak Shing sebenarnya mempunyai hubungan adik beradik yang sangat rapat. Mereka berdua turut mempunyai syarikat produksi mereka sendiri. Andy Lau bertanggungjawab dalam pembuatan filem, manakala Lau Tak Shing menguruskan post-production.

Bukan itu sahaja, adik Andy Lau turut melakukan pelaburan dalam projek lain. Dan Lau Tak Shing dianggarkan memiliki kekayaan luar biasa lebih dari 17.1 juta US Dolar. Lau Tak Shing juga dikenali sebagai seorang yang sederhana yang enggan menunjukkan kekayaannya. Adik Andy Lau sering makan di tepi jalan dan minum teh di kedai-kedai tradisional. Dia juga sering menaiki bas dan merasakan kesesakan lalu lintas.

via Today Online

Bukan sahaja Lau Tak Shing, adik perempuan Andy Lau juga menjalani kehidupan yang sederhana. Adik beradik itu tidak memanfaatkan kemasyhuran abang mereka yang menjalani gaya hidup mewah. Walaupun begitu, tidak menjadi rahsia lagi bahawa Andy Lau yang sangat tertutup mengenai keluarganya. Andy Lau juga sangat protective terhadap isteri dan anaknya sehingga merahsiakan hubungannya selama 24 tahun.

https://lomp.at/cds4k
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Lokal

Namron Tampil Pertahan Que Haidar-“Dia Cuba Dirampas Semula Dari Kami…”

by Naddy Joe
April 7, 2026

Pelakon senior, Namron tampil mempertahankan aktor, Que Haidar agar tidak lagi menghilang daripada industri seni. Namron atau nama sebenarnya Shahili...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Tang Angkat Hujan Legenda, ‘HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN’ Bukti 20 Tahun Keberanian

by Phic ARMAN
April 4, 2026

Kumpulan indie rock sensasi, Hujan bakal mencipta momen istimewa apabila meraikan ulang tahun ke-20 menerusi konsert HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN....

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara