Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terpaksa Berhenti Kongsi Ikhtiar Rawatan IVF Meskipun Teruja, Misha Omar Akur Mungkin Ada Hati Peminat Yang Terluka

by Puteri Alia
September 12, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Misha Omar enggan berkongsi fasa menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) bagi menjaga sensitiviti suami isteri yang disahkan tiada harapan mendapat zuriat.

Katanya, pendedahan berkenaan proses mendapatkan lagi cahaya mata yang dilalui sejak Jun 2021 pernah membuatkan insan lain terluka hingga mendorongnya mengambil pendekatan sebegitu.

“Saya terima pelbagai maklum balas ramai terutama mereka yang masih berikhtiar untuk mendapatkan anak ketika mula-mula menjalani IVF.

“Pada awalnya saya sangka respons positif, sebaliknya banyak reaksi negatif terutama membabitkan wanita yang telah disahkan tidak mampu memiliki zuriat.

“Ada hati terluka. Jadi saya buat keputusan untuk tidak lagi berkongsi mengenai rawatan tersebut bagi menjaga sensitiviti umum,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 41 tahun itu turut menyatakan perjalanan ke arah mendapatkan cahaya mata lagi masih diusahakan di bawah kendalian doktor pakar yang sama.

“Harapan untuk saya memiliki zuriat masih bersemarak dan saya tetap akan berusaha, berlapang dada selain mendoakan supaya semuanya dilancarkan.

“Kita berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan kepada Allah kerana Dia sebaik-baik perancang. Andai nanti ditakdirkan saya hamil, tentu boleh nampak dan takkan dapat sorok,” katanya.

Sekitar pertengahan tahun 2021, pelantun Bunga-bunga Cinta itu mendedahkan telah menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan untuk hamil anak kedua.

Malah, dia turut mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja dalam laman sosialnya sebagai rakaman pengembaraan memiliki anak perempuan.

Penyanyi yang bertemu jodoh dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa yang berumur tujuh tahun.

Selain itu, Misha turut memiliki seorang anak angkat, Muhammad Adam Emir yang kini berusia 17 tahun.

Harga Tiket Konsert Misha Omar Cecah RM1,200! Rai 20 Tahun Karier Dengan Malam Bersejarah
misha omar
https://lomp.at/tbqax
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

Fizo Omar Luah Rasa Kagum Dengan Syed Saddiq & Bella Astillah-“You Pilih Tanggungjawab…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Aktor dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memilih tanggungjawab untuk mengikat...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian

by Phic ARMAN
March 31, 2026

Aidilfitri tahun ini memang tak akan dilupakan Chef Zam dan keluarga bila menerima kunjungan kerabat diraja terus ke rumah mereka....

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara