• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tertekan Mengikuti Situasi Rakyat Palestin Yang Dibunuh Kejam, Neelofa Akui Susu Badanya Kini Terjejas

by Puteri Alia
November 22, 2023
Share on Facebook

Kita sedia maklum konflik bersenjata memberi implikasi buruk yang mendalam kepada sejagat. Selain kehilangan nyawa dan organisasi sosial, kebinasaan dalam pelbagai aspek kehidupan, baik daripada segi kesihatan fizikal dan juga mental, tidak dapat dielakkan.

Di sebalik impak ketara ini, sedarkah kita ikatan kasih ibu-anak yang terjalin daripada hubungan penyusuan ibu dan menyumbang kepada kesihatan bayi juga boleh turut terganggu akibat peperangan?

Isu ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, kerana kehilangan nyawa dan sistem kesihatan terjejas adalah kesan-kesan lebih jelas dan sering mendapat perhatian.

Namun begitu, sifat kemanusian memerlukan kita mengambil kira semua cabaran dilalui oleh pelbagai pihak untuk mengharungi saat-saat getir ini.

Selebriti terkenal Neelofa mendedahkan beliau mengalami tekanan setelah mengikuti perkembangan isu semasa dunia terutama situasi rakyat Palestin yang cedera dan terkorban akibat kekejaman Israel menjejaskan bekalan susu badannya.

Disebabkan itu,  Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor mengambil pendekatan menyebarkan kesedaran dengan memuat naik kandungan yang tidak menunjukkan keperitan ditanggung penduduk Gaza.

“Selepas sebulan aktif buat hantaran keadaan di Gaza, saya kini memilih kandungan berbeza. Kalau dulu muat naik video kanak-kanak dan wanita.

“Sekarang, saya lebih kepada (berkongsi) kandungan pendidikan untuk suntik kesedaran kekejaman dilakukan Zionis. Sebab tekanan (isu semasa yang berlaku di Palestin) memberi kesan kepada ‘supply’ (bekalan) susu saya.

“Sebagai ibu yang menyusu bayi berusia empat bulan, penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari memberi kesan kepada anak saya,” katanya.

Enggan wanita lain mengalami nasib sama, isteri kepada pendakwah selebriti PU Riz itu menitipkan pesanan supaya setiap wanita berstatus ibu perlu menitikberatkan kesihatan diri demi kebaikan anak masing-masing.

“Jadi, ibu-ibu di luar sana, kalau mahu sokong atau sebarkan kesedaran haruslah fikir tentang anak yang menyusu terlebih dahulu.

“Bukan saya suruh abaikan ataupun tidak buat hantaran tetapi pilih kandungan yang tidak beri kesan emosi yang kejam,” ujarnya lagi.

Sejak Palestin diserang tentera Israel bertubi-tubi, Neelofa antara selebriti yang lantang menyokong Palestin.

Padam Gambar & Saling 'Unfollow' Di IG, Ameera Khan-Jefri Nichol Rasmi Berpisah?

Sehingga hari ini, lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh disebabkan kekejaman Israel sejak 7 Oktober lalu.

neelofa
https://lomp.at/ib6bq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Nubhan Sedia Terima Boikot! Mak Jenny Tak Tahu Apa-Apa Tentang Hal Ini

by Aphit J.
October 25, 2025

Penyanyi, Nubhan, menyatakan beliau bersedia menerima apa sahaja tindakan peminat, termasuk kemungkinan memboikot produk perniagaan yang menggunakan jenama ibunya, Mak...

Read more
Lokal

[VIDEO] “Bila Nak Dapat Baby?”- Aksi Spontan Fattah Amin Nyanyi Buat Ramai Teruja!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin dan Amira Othman yang membaca komen netizen mengenai 'bilakah mahu mendapatkan...

Read more
by Noah Ab
October 7, 2025
Lokal

PU Rahmat Rasa Diri Tak Layak Disambut Seperti Wira Di KLIA, Netizen Titip Kata Semangat!

Pendakwah bebas dan juga salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Foto - @jackiechan (IG)
Bollywood

Tular Berita Kematian Jackie Chan Di Media Sosial, Betul Ke?

Jackie Chan merupakan salah seorang pelakon China yang paling terkenal dan telah memberi impak yang besar di peringkat global melalui...

Read more
by Nurul A.
November 13, 2025
Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula...

Read more
by Phic ARMAN
November 25, 2025
Lokal

Amylea Dedah Rumah Tangga Bergolak Sejak Bulan Kelima, Dua Lafaz Talak Dirahsiakan Sebelum Ini

Penyanyi dan komposer berbakat, Amylea Azizan, akhirnya membuka kisah sebenar di sebalik keruntuhan rumah tangganya selepas setahun memendam rasa. Menurut...

Read more
by Puteri Alia
November 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Sambil Potong Telur Buatkan Netizen Terrhibur

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu selamat hari lahir sambil memotong telut goreng kerana ketiadaan kek...

Read more
by Noah Ab
November 6, 2025
Foto - @sab_sash (IG)
Indonesia

Didakwa Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Raisa, Sabrina Alatas Dilaporkan Sedang Hamil

Di tengah-tengah prosiding perceraian pelakon Hamish Daud dan penyanyi Indonesia, Raisa Andrianna, muncul pula satu isu panas yang melibatkan cef...

Read more
by Nurul A.
November 5, 2025
Lokal

Zizi Kirana Pertahan Haroqs, ‘Jangan Layan Netizen’- Isu Kriteria Isteri Idaman Terus Panas

Penyanyi dan selebriti versatil, Zizi Kirana tampil memberi nasihat penuh makna kepada pempengaruh dan peserta Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs,...

Read more
by Puteri Alia
November 21, 2025
Berita

[VIDEO] Madammu Beli ‘First Diamond’ Untuk Anak-Anak, Netizen Puji!

Usahawan kosmetik dan pempengaruh terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menitipkan rasa syukur apabila dapat membeli permata pertama buat...

Read more
by Naddy Joe
September 24, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore