• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Teruja Dapat Duit Raya Pertama Sebagai Suami Isteri, Watie Simpan RM5000 Dalam ‘Frame’ Tunjuk Kepada Anak Cucu

by Puteri Alia
April 13, 2024
Share on Facebook

Musim perayaan Ramadan dan Aidilfitri tidak hanya menyaksikan keriangan dalam meraikan keberkatan bulan suci, tetapi juga momen-momen berharga yang mempererat ikatan kasih sayang dalam hubungan keluarga.

Bagi Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, duit raya pertama yang diterimanya daripada suaminya bukan sekadar satu transaksi biasa, tetapi sebuah kenangan yang bakal diabadikan selamanya.

Watie, yang juga dikenali sebagai Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36 tahun, berkongsi kegembiraannya menerusi platform Instagram apabila menerima duit raya pertama daripada suaminya berjumlah RM5,000.

Namun, apa yang membuat momen ini begitu istimewa adalah keputusan Watie untuk tidak menggunakannya, tetapi memilih untuk menyimpannya sebagai khazanah dan kenangan yang akan diwarisi kepada anak cucu cicitnya.

“Mari kita tengok, dalam ini ada lima sampul. Saya ingatkan duit raya sama macam orang, rupanya lain. Maknanya itulah martabat isteri tercinta.

Pertama kali beraya bersama suami, dapat duit raya. Ini akan saya jadikan khazanah. Saya takkan guna, saya akan simpan sampai bila-bila. Sampul pertama RM1,000, sangat teruja! Saya akan simpan sampai anak cucu cicit,” kata Watie dengan penuh rasa syukur.

Dalam video yang dikongsi di Instagram, Watie dengan penuh kegembiraan membuka setiap lima keping sampul duit raya yang mengandungi RM1,000 di dalamnya.

Sambil menyimpan duit tersebut dengan penuh kasih sayang, Watie juga menitipkan doa agar suaminya terus dilimpahi rezeki yang berkekalan serta untuk kebahagiaan keluarga mereka.

“Terima kasih Daddy (panggilan Shuib). Semoga Allah keluarkan duit-duit di muka bumi ini untuk diberikan kepada Daddy,” ucapnya sambil memohon doa dari segala penjuru untuk kebahagiaan keluarga mereka.

Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia perkahwinan kedua Shuib selepas isterinya yang juga penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

[VIDEO] Watie Hanifiah Dandan Rambut Dekta, Lain Pula Netizen Perasan?-"Comelnya Baby Bump.."

Terdahulu, hasil perkahwinan dengan arwah Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3.

shuibWatiewatie dapat duit raya
https://lomp.at/pbt0q
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Norman Hakim Luangkan Masa Bersama Marissa Dania-“Doa Saya Untuk Kamu Tak Pernah Hilang..”

by Naddy Joe
December 22, 2025

Aktor, Norman Hakim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen bersama puteri sulungnya, Marissa Dania Hakim di media sosial, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Erma Fatima Luah Rasa Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

by Naddy Joe
October 27, 2025

Pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa sebak apabila melihat pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman di majlis resepsi mereka...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Berang – ‘Jangan Sentuh Anak Saya, Tak Ada Kena Mengena Dengan Isu Rumah Tangga!

by Puteri Alia
October 22, 2025

Pelakon sensasi Uqasha Senrose tampil memberi amaran tegas agar orang ramai tidak mengaitkan anak tunggalnya dalam kemelut rumah tangga bersama...

Read moreDetails
Lokal

Neera Azizi Hamil Anak Sulung, Netizen Titip Doa!

by Naddy Joe
October 8, 2025

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama. Kongsi Foto Imbasan...

Read moreDetails
Lokal

“Dahi & Hidung Berdarah Sebab Ditumbuk” – Muaz Zabir Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Sekolah

by Puteri Alia
November 4, 2025

Pelakon muda, Muaz Zabir, mendedahkan sisi hidup yang tidak ramai tahu apabila mengakui pernah menjadi mangsa buli sewaktu zaman persekolahan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore