• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Thai Airways & Singapore Airlines Lancar Restoran Di Atas Pesawat!

by Khai Azfar
October 1, 2020
Share on Facebook

Seperti yang sedia maklum, penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah membataskan penerbangan di beberapa buah negara. Malah Malaysia sendiri telah menutup semua pintu sempadan antarabangsa sebelum membuka kembali untuk penerbangan ke negara lain.

Tampil Dengan Idea Baharu

Ekoran itu, kebanyakan pesawat di beberapa buah negara telah ‘berehat panjang’ di ruangan parkir membuatkan syarikat penerbangan tampil dengan idea baharu. Syarikat penerbangan Thai Airways dan Singapore Airlines dikatakan akan menjadikan pesawat mereka sebagai sebuah restoran unik.

Thai Airways Tukar Kafeteria Sebagai Restoran Pesawat

Thai Airways terlebih dahulu membuka langkah dengan menjadikan kafeteria ibu pejabat mereka di Bangkok sebagai sebuah restoran. Segala-galanya di dalam restoran tersebut telah direka berkonsepkan seperti sebuah pesawat termasuklah para pelayan yang memakai krew kabin penerbangan.

via weforum

Singapore Airlines Bawakan Pengalaman Sebenar

Berbeza pula bagi Singapore Airlines, mereka sememangnya akan menukar salah satu pesawat penumpang terbesar dunia, A380 menjadi restoran dan menariknya lagi akan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan.

Dikhabarkan , pelanggan boleh memilih kelas kabin dan menu berbeza yang akan disediakan oleh chef antarabangsa. Buat pelanggan yang hadir dengan memakai pakaian tradisional pula akan menerima hadiah istimewa dari syarikat penerbangan nombor dua terbaik di dunia ini.

Untuk mereka yang memesan makanan untuk dihantar ke rumah pula turut tidak akan melepaskan peluang seperti berada di atas kapal terbang.

Mereka akan menerima video selamat datang, panduan cara memanaskan makanan serta senarai lagu yang disediakan khas. Malah, untuk yang ingin melihat bagaimana latihan di syarikat ini juga akan dibuka buat orang ramai kelak. Langkah ini merupakan alternatif buat syarikat penerbangan yang mencari dana untuk menyokong kewangan mereka.

https://lomp.at/f3co3
Share3Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

“Apa Itu Etok?”- 5 Makanan ‘Rare’ Kelantan Wajib Anda Cuba!

by Farah Fatihah
December 28, 2025

Kelantan, atau lebih dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang, sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisinya. Selain nasi kerabu yang...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Lidah Bakar Di Sebalik 100 Sajian Bufet Eksklusif Putrajaya Marriott Hotel

by Phic ARMAN
January 14, 2026

Baru-baru ini, MURAI berkesempatan menghadiri sesi preview bufet Ramadan di Putrajaya Marriott Hotel, dan jujurnya... pengalaman kali ini memang lain...

Read moreDetails
Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramadan 2026: Kambing Golek di Alamanda Putrajaya Dijangka Jadi Rebutan Ramai

by Phic ARMAN
January 7, 2026

Setiap kali Ramadan menjelang, ada satu perkara yang sering menjadi buah mulut. Makanan yang buat orang sanggup datang awal, beratur...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Dekat Kuala Lumpur sekarang, susah nak jumpa nasi berlauk sedap dengan harga yang mesra poket. Semua mahal-mahal, lauk sikit pun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore