• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Throwback! 7 Penyanyi Ini Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

by Khai Azfar
October 23, 2018
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, penyanyi-penyanyi ini antara wajah yang sering kali dilihat di kaca televisyen dan lagu-lagu mereka sering kedengaran di corong-corong radio.

7 Penyanyi Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dahulu

Kini, suara mereka seperti dirindui peminat dan ada diantara mereka hilang tanpa khabar berita. murai.my mengimbas kembali antara 7 penyanyi yang sudah pastinya menggamit memori anda.

Rozita Izlyn

https://youtu.be/oF8MZVGZj1s

Masih ingat dengan single Berbalam Cinta nyanyian Rozita Izlyn? Untuk anda yang tidak tahu, Rozita cukup dikenali suatu ketika dahulu dan mempunyai puluhan single hits. Rozita pernah dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) dalam Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, tetapi tewas di tangan Dato Sri Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang berada di puncak populariti.

Menurut sumber, Rozita yang kini berusia 43 tahun sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Kebudayaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Nur Fatimah

YouTube video

Namanya mungkin ada yang sudah lupa namun single hitsnya yang berjudul Selembut Sutera masih diingati sehingga ke hari ini. Sejak 2009  Nur Fatimah sudah berhijrah ke Australia dan kini menetap disana bersama suaminya.

Meskipun tidak aktif menyanyi, Fatima sendiri pernah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi terkenal antaranya seperti Caramu nyanyian Nikki dan Zahid, Malu Tapi Mahu (Dina) dan Satu Harapan (Jaclyn Victor).

Naufara Yasin

YouTube video

Naufara hilang secara tiba-tiba taktala berada di garisan populariti dunia hiburan tempatan. Sebelum ini Naufara dikhabarkan mempunyai perselisihan faham dengan sebuah syarikat rakaman namun telah diselesaikan tidak lama dahulu.

Naufara juga merupakan kakak kepada penyanyi realiti, Pija Mentor. Hasil carian murai.my mendapati Naufara kini sudah pun berkahwin dan menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Fauziah Idris

https://youtu.be/UgVsvAP1nHQ

Meskipun hanya tampil dengan irama Malaysia, Fauziah Idris cukup dikenali dengan single Rindu-Merindu.

Bakatnya telah digilap oleh komposer S. Atan melalui pertandingan Bintang Radio ’98.

Shawn Baharin

YouTube video

Shawn Baharin atau nama sebenarnya Tengku Shamsul Bahrin Tengku Sulaiman merupakan abang kepada penyanyi Anis Suraya.

Shawn aktif sebagai penyanyi pada tahun 1999 – 2003 dengan lagu-lagu pop sehingga digelarkan sebagai Ricky Martin Malaysia. Lagu-lagunya seperti Melodi Hati, Rosmaria, La Bomba, O.E.O begitu diminati ramai! Teringin pula kami untuk melihat Shawn bertanding dalam Gegar Vaganza.

Haslinda

YouTube video

Jika anda pernah menonton drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun suatu ketika dahulu pasti akan mengingati lagu tema nya, Sehati dan Sejiwa dendangan Haslinda.

Namun, selepas dikenali penyanyi seakan terus menghilangkan diri sehinggalah dia mengumumkan kemunculan semula menerusi laporan sebuah akhbar.Nor Haslinda, 40, merancang membuat kemunculan semula dan bakal menghasilkan bingkisan album mini bersama barisan artis era 90-an tidak lama lagi.

Izzla

YouTube video

Izzla atau nama sebenarnya Izzlahaizan Mohd Hussein begitu popular menerusi lagunya, Ku Kunci Rindu Buatmu.

Sehingga ke hari ini, lagu hits Izzla menjadi pilihan mereka yang gemar berkaraoke. Perkembangan terbaru mengenainya pula, Izzla kini sudah manis bertudung dan sudah mendirikan rumahtangga bersama suami dan anak-anak tersayang.

fauziah idrishaslinda sehati dan sejiwaIzzlanoufara yasinnur fatimahRozita Izlynshawn baharin
https://lomp.at/uv3s2
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore