• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

by Puteri Alia
May 31, 2023
Share on Facebook

Realiti dunia hari ini, tentunya masalah kewangan akan mencetuskan konflik dan pergaduhan antara suami dengan isteri disebabkan tekanan dan akhirnya menyebabkan wujudnya ketidaksefahaman di antara satu sama lain.

Masalah yang timbul tersebut sudah pasti rentetan daripada masalah kewangan hingga menyebabkan konflik hubungan suami isteri yang tidak berkesudahan, akhirnya mencetuskan perceraian atau meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Dengan jumlah peningkatan kes penceraian masa kini, wajarlah kita menghentikan perbuatan menabur gula atas realiti kehidupan perkahwinan tanpa kewangan yang kukuh.

Perbuatan mernormalisasikan perkahwinan tanpa perancangan kewangan yang baik adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, ketidakstabilan kewangan bukanlah menjadi satu kesalahan sehingga pasangan tersebut harus dihukum untuk tidak berkahwin namun nikmatilah perkahwinan secara bersederhana mengikut kemampuan sesebuah pasangan. Kata orang, ukur baju di badan sendiri!

Berbahas soal ini, penyanyi, Shila Amzah meluahkan bahawa dia tidak pernah melihat ketidakseimbangan pendapatan bulanan antara dia dan tunang, Ubai MZ sebagai satu masalah besar dalam perhubungan.

Jelasnya lagi, dia juga tidak pernah memberi tekanan kepada bakal suaminya untuk mencapai tahap pendapatan setara dengannya.

“Sejujurnya Ubai memang agak tertekan mengenai hal tersebut tetapi saya cakap supaya dia usaha dan doa. Kasihan dia baru berusia 25 tahun tetapi perlu pecut untuk sama kedudukan.

“Kalau dia mahu capai sama seperti saya seperti sekarang, memang tidak mungkin. Cukup dia dapat selesaikan urusan nafkah dan semua yang patut termasuk insurans.

“Saya ada cakap buat sehabis daya. Buat masa sekarang, saya rasa sudah mencukupi dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap soal persediaan bergelar isteri kali kedua penyanyi Memori Tercipta itu, dia mengakui perasaan takut itu tetap terutama selepas kegagalan rumah tangganya dahulu.

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Telatah Anak Shila Amzah Minta Kereta Elektrik!

“Perasaan takut itu normal dan seperti yang pernah bercerai macam saya, perlukan banyak pertimbangan. Namun paling penting, berhenti mensabotaj diri dan izinkan diri untuk bahagia.

“Kita tidak akan tahu semua yang bakal terjadi di masa depan. Kebimbangan juga tidak akan menjadikan hidup lebih baik. Berdamailah dengan keadaan, tiada apa di dunia ini kekal untuk selamanya,”

Sebagai rekod, Shila pernah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

shila amzahUbai
https://lomp.at/z1hq2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore