• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tidak Mahu Anak-Anak Berasa Bangga Diri, Puteri Sarah Dedah Anaknya Tidak Tahu Ibu Bapa Mereka Artis

by Puteri Alia
November 16, 2023
Share on Facebook

Mendidik anak antara cabaran besar buat ibu bapa kerana tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi dalam memastikan anak-anak menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

Kita tidak mahu nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri mereka, dibajai dan disirami unsur-unsur yang boleh melemahkan serta menghasilkan tanaman yang tidak berkualiti.

Maka ramai kini ibu bapa prihatin yang tercari-cari teknik terbaik mendidik anak-anak.

Sebagai umat Islam, contoh teladan yang terbaik ialah Rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W.

Kebaikan Baginda terhadap kanak-kanak membuatkan mereka sangat suka dan sayang kepada Rasulullah S.A.W. Justeru itu, terdapat beberapa tahap mendidik anak mengikut cara Rasulullah dan boleh dijadikan rutin kehidupan.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sehingga kini kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tidak mengetahui pekerjaanya dan bekas suami, Syamsul Yusof.

Menerusi satu sesi Live dalam TikTok, Sarah berkata dia bertindak merahsiakan perkara itu kerana enggan cahaya matanya berasa bangga diri dengan status mereka sebagai anak selebriti.

“Saya tak nak anak-anak saya rasa bangga diri dan menganggap diri mereka istimewa serta ada kelebihan kalau tahu ibu bapa serta datuk mereka selebriti.

“Saya tak nak mereka (anak-anaknya) tahu apa sebenarnya pekerjaan kami. Bahkan sehingga sekarang, mereka masih tidak tahu. Anak-anak cuma tahu nama ibu mereka Puteri Sarah dan ayah mereka Syamsul Yusof.

“Maksudnya mereka tidak tahu Puteri Sarah itu siapa (juga bergelar artis) dan datuk mereka, Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah dan pelakon,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Sarah dalam mendidik anak-anak.

“Betul. Biar mereka tahu sendiri nanti,” ujar seorang netizen.

“Biar anak-anak tahu sendiri suatu hari nanti,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Untuk rekod, Sarah yang kini bergelar ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Obses Dengan Puteri Sarah, Individu Misteri Ancam Mahu Hantar Sihir

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahata matai aitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/vpl0y
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Foto - @sharnaazahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026

Disebabkan oleh trend "takut bini" yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  4. 4

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore