• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tidak Menganggap Dirinya Tewas Dalam Perjuangan, Puteri Sarah Akui Mengalah Hanya Demi Kesihatan Mental

by Puteri Alia
July 11, 2023
Share on Facebook

Pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan tindakannya menarik dan menyelesaikan saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar di luar mahkamah bukan bermaksud dirinya tewas dalam perjuangan.

Katanya, tindakan tersebut adalah bagi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas selain ingin merasai kebebasan serta kebahagian bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

“Mengalah tidak bererti kalah, saya lebih memilih kesihatan mental dan kebebasan sendiri.

“Selain itu, saya pilih kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan amat berharga. Doakan saya ya,” katanya membalas komen seorang individu dalam Instagram.

Menjawab soalan peminat yang kecewa dengan tindakannya menggugurkan saman tersebut, pelakon drama Hijrah Jannah itu menjelaskan dia terbuka untuk membantu mana-mana wanita yang dianiaya atau mengalami masalah rumah tangga.

“Ya, saya buka jalan untuk semua tetapi kebebasan itu bukan percuma.

“Namun, saya sentiasa bersedia sekiranya ada yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, keputusannya keluar bekerja dalam tempoh edah turut meraih pelbagai reaksi ramai.

Jelasnya, dia sudah memberitahu bekas suami untuk keluar bekerja dalam tempoh tersebut.

“Boleh keluar rumah dengan memberitahu bekas suami dalam tempoh edah.

“Keluar rumah kalau terdesak itu apabila suami mati dan harus berkabung di rumah,” jawabnya.

Pada 5 Julai lalu, kes saman antara Puteri Sarah dengan Ira dan dua ahli keluarganya disahkan selesai di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.

Saman tersebut difailkan pada Jun 2022 terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin atas dakwaan mengganggu rumah tangganya.

Terdahulu, Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, serta Summayah kini berusia empat tahun

Obses Dengan Puteri Sarah, Individu Misteri Ancam Mahu Hantar Sihir
Ira Kazarputeri sarah
https://lomp.at/l7wfj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @govinda_herono1 (IG)
Bollywood

Rebah & Tak Sedarkan Diri Di Rumah, Govinda Dikejarkan Ke Hospital

by Nurul A.
November 17, 2025

Pelkon senior Bollywood, Govinda telah mengejutkan orang ramai apabila dia dikejarkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya yang terletak di...

Read more
Foto - Mashable ME
Bollywood

[VIDEO] Kecewa Dengan Sikap Salman Khan, Aamir Dedah Dilayan Sebagai Pembantu Di Set Filem

Nama dua pelakon Bollywood popular, Aamir Khan dan Salman Khan kembali menjadi bualan ramai apabila Aamir menceritakan kisah di sebalik...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Lokal

[VIDEO] Fattah Amin Bersilat Di Majlis Perkahwinannya Raih Perhatian Ramai!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin yang bersilat semasa di majlis perkahwinannya bagi meraikan peminat peminatnya bersama...

Read more
by Noah Ab
November 3, 2025
Berita

[VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video...

Read more
by Naddy Joe
November 27, 2025
Foto - @ericfuzi_f88 (IG)
Lokal

Terpaksa ‘Ikat Perut’, Eric Fuzi Belum Terima Bayaran Hutang Sebanyak RM51K- “Minggu Ni Auto Diet”

Itulah realiti sebenar apabila menjadi pemiutang. Jujur MURAI katakan, sebagai pemiutang, memang agak rumit untuk kita dapatkan semula wang yang...

Read more
by Nurul A.
December 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  3. 3

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore