Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Tiga Penerbangan Antarabangsa Ini Kini Rasmi Bersama AirAsia MOVE

by Phic ARMAN
December 24, 2025
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Hujung 2025 menyaksikan AirAsia MOVE (MOVE) menutup tirai tahun dengan satu langkah besar yang cukup bermakna. Tanpa banyak gimik, aplikasi tempahan perjalanan ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Ethiopian Airlines, Vietjet Air dan Garuda Indonesia, tiga nama besar yang terus menguatkan kedudukan MOVE di rantau ini.

Kerjasama ini hadir seiring kejayaan MOVE mengekalkan gelaran Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia buat kali ketiga berturut-turut di World Travel Tech Awards 2025. Satu pencapaian yang bukan mudah dicapai, tetapi jelas mencerminkan keyakinan industri dan pengguna.

Dengan kemasukan rakan penerbangan baharu, pengguna MOVE kini menikmati lebih banyak pilihan laluan serantau dan jarak jauh, semuanya boleh diurus dalam satu aplikasi sahaja, ringkas, lancar dan praktikal.

Ethiopian Airline
Vietjet Air
Garuda Indonesia

Ketua Pegawai Eksekutif MOVE, Nadia Omer, berkata trend pengembara kini berubah, dengan permintaan terhadap pilihan penerbangan yang lebih pelbagai semakin meningkat. MOVE, katanya, komited bekerjasama secara langsung dengan lebih banyak syarikat penerbangan bagi memenuhi keperluan itu.

Menariknya, Vietnam muncul sebagai pasaran paling berkembang, mencatat pertumbuhan 25 peratus jumlah tempat duduk terjual dari tahun ke tahun, sekali gus membuktikan keberkesanan strategi MOVE menembusi pasaran serantau.

Hari ini, tiga syarikat penerbangan tersebut menyertai lebih 70 rakan penerbangan global yang telah bekerjasama secara langsung dengan MOVE, selain lebih 700 pilihan syarikat penerbangan lain yang ditawarkan melalui pembekal sah.

Bukan sekadar penerbangan, MOVE turut menyediakan lebih satu juta hotel, pengangkutan lapangan terbang, insurans perjalanan dan pelbagai perkhidmatan lain, semuanya dalam satu ekosistem perjalanan yang semakin lengkap.

Menutup 2025, MOVE jelas bukan sekadar mengakhiri tahun dengan pencapaian, tetapi sedang membuka jalan ke arah pengalaman perjalanan yang lebih menyeluruh dan padu.

[VIDEO] Bukan Gimik! Pesawat AirAsia Bertukar Hijau, CEO MOVE Buka Cerita Sebenar
moveNadia Omer
https://lomp.at/3eh7a
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

by Phic ARMAN
March 14, 2026

Baru-baru ini MURAI ada peluang untuk mengunjungi Oakwood Cameron Highlands, hartanah terbaru jenama Oakwood di Malaysia yang diuruskan oleh The...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara