Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang kena alert.
Syarikat penerbangan Vietjet tampil dengan promosi yang bukan biasa-biasa, siap ada diskaun sampai 100% untuk tambang Eco. Ya, MURAI ulang… 100%! Memang macam bagi tiket free (tapi kena pantas, of course ).
Deal Deluxe, Lebih Selesa Tanpa Drama
Untuk yang nak travel dengan lebih tenang, Vietjet bagi diskaun khas untuk tiket Deluxe. Dari sekarang sampai 12 April 2026, boleh enjoy:
- 10% diskaun (kod: DLX10) untuk laluan Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang
- 15% diskaun (kod: DLX15) untuk penerbangan domestik Vietnam
Menariknya, pakej Deluxe ini bukan sekadar tiket, siap dengan 20kg bagasi, pilih seat percuma dan fleksibiliti ubah penerbangan. Kiranya sesuai untuk yang tak nak pening kepala last minute.
“Double Day”: Hari Paling Ditunggu!
Mark calendar siap-siap: 4 April 2026. Ini hari “panas” sebab Vietjet buat jualan Double Day, tiket Eco diskaun 100% guna kod SUPERSALE100.
Tapi ingat, hanya satu hari dari 1 pagi sampai tengah malam. Siapa lambat, memang tinggal kenangan lah jawabnya.
Bonus Rezeki: Siap Boleh Menang Emas!
Tak cukup dengan promo tiket, setiap tempahan sebelum 19 Mei 2026 automatik masuk cabutan “Fly Vietjet Strike Gold”. Hadiah dia pun bukan biasa, emas tulen, e-baucar dan macam-macam ganjaran eksklusif. MURAI rasa ini memang definisi “travel sambil cuba nasib”.
Vietnam, Destinasi Tak Pernah Mengecewakan
Apa yang best sangat Vietnam ni? Dari pantai cantik di Da Nang, Nha Trang, Phu Quoc… ke suasana klasik di Hanoi, Hue dan Hoi An… sampai vibe moden di Ho Chi Minh City, semua ada. Nak chill, nak explore budaya, nak OOTD pun semua jadi.
Kadang-kadang bukan tak mampu pergi bercuti, cuma tunggu masa yang tepat. Dan nampaknya… ini lah masanya







