Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tinggal Dunia Hiburan Demi Pulau & Wanita Filipina?-Ben Amir Nafi Cinta Jadi Punca, Dedah Rahsia Sebenar

by Puteri Alia
May 29, 2025
168
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Ben Amir akhirnya membuka mulut mengenai keputusannya untuk menetap di Pulau Siargao, Filipina yang sebelum ini menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan kononnya keputusan itu dibuat kerana seorang wanita. Namun, Ben dengan tenang menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa perpindahan itu adalah pilihan peribadi demi membina kehidupan yang lebih bermakna dan mencabar.

Menurut Ben, atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, impian untuk tinggal di pulau bukanlah satu keputusan terburu-buru atau dipengaruhi mana-mana individu. Ia sebaliknya adalah sebahagian daripada pelan jangka panjangnya untuk memperluaskan pencapaian hidup, bukan sahaja dari sudut kerjaya tetapi juga perkembangan mental dan peribadi sebagai seorang lelaki. Baginya, sebagai seorang lelaki, usaha untuk sentiasa melakukan ‘upgrade’ dalam hidup adalah satu keperluan, dan memilih untuk mencipta karier baharu di luar negara merupakan satu bentuk cabaran yang memberinya motivasi luar biasa.

Ben berkongsi bahawa dia kini dalam proses membuka sebuah restoran dan villa di pulau berkenaan, projek yang sedang giat dijalankan dan dijangka siap menjelang awal tahun depan. Mengakui bahawa membina perniagaan di negara asing apatah lagi di pulau terpencil bukanlah sesuatu yang mudah, namun itulah cabaran yang dicari-carinya. Kesusahan itu, katanya, menjadi pendorong untuk terus mencuba sesuatu yang di luar zon selesa. Malah, dia menyifatkan kehidupannya kini di Siargao sebagai bahagia dan menenangkan.

Meskipun menafikan bahawa kekasih sebagai punca dia berhijrah, Ben tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seorang wanita tempatan dari Filipina. Wanita itu turut hadir bersamanya pada acara Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley. Bagaimanapun, Ben enggan mengulas lanjut mengenai hubungan peribadinya dan menegaskan bahawa mereka masih dalam fasa mengenali hati budi, walaupun sudah dua tahun berkawan. Dia juga meminta agar orang ramai tidak membuat andaian atau spekulasi yang tidak berasas mengenai kehidupan peribadinya.

Ben Amir Titip Ucapan Buat Kekasih Selepas Peluk Islam, Curi Perhatian Rakan Selebriti & Netizen

Dalam perkembangan seni lakonan, Ben kembali ke layar perak menerusi filem Gantung: Musketeer Code terbitan Neddo Works, yang bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 5 Jun ini. Dalam filem arahan Nadia Khan itu, Ben memegang watak Gibbs, seorang daripada empat sahabat karib yang bersekolah di sebuah institusi elit dan menghadapi pelbagai konflik menjelang tahun akhir mereka. Filem ini dilihat sebagai penampilan istimewa Ben di tengah-tengah transisi besar dalam kehidupannya yang kini lebih tertumpu kepada dunia perniagaan di luar negara.

ben amir
https://lomp.at/moyxo
Share67Tweet42SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Foto - @drchehafiz (IG)
Lokal

“Raya Akan Berbeza Sedikit”- Cetus Tanda Tanya, Julia Farhana & Suami Saling ‘Unfollow’ IG?

by Nurul A.
March 24, 2026

Tiada angin tiada ribu, secara tiba-tiba nama pelakon Julia Farhana Marin dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz menjadi bualan. Semuanya...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara