Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“You Jangan Nangis..Jangan Sedih Daddy” – Perbualan Terakhir Shuib & Siti Sarah Dikongsi Dalam Tinggalkan Diriku

Terdapat perkongsian perbualan terakhir Shuib bersama Sarah yang dicatatkan pada jam 10.26 pagi 6 Ogos 2021.

by Khai Azfar
November 26, 2021
Share on Facebook

Sedih dan terharu. Itu antara komen yang diberikan oleh rata-rata pengguna media sosial selepas menonton video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku nyanyian Allahyarhamah Siti Sarah.

Bait Lirik Yang Cukup Indah 

Meskipun lagu ini telah pun dirakam, namun kiriman Tinggalkan Diriku versi ‘live’ ketika menjayakan sesi latihan ‘showcase’ suatu ketika dahulu membuatkan suami Sarah yang juga pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tampil untuk membuatkan satu MV khas.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu TINGGALKAN DIRIKU yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” kata Shuib dalam sebuah kenyataan media

Perbualan Terakhir Shuib Bersama Sarah

Selain alunan suara Sarah yang diperdengarkan, penonton juga bakal melihat karikatur pasangan suami isteri ini yang dilakarkan bersama kenangan dan detik terakhir mereka.

Lebih menyedihkan, ketika di pertengahan lagu terdapat perkongsian perbualan terakhir Shuib bersama Sarah yang dicatatkan pada jam 10.26 pagi 6 Ogos 2021.

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” kata Shuib lagi.

Sarah Minta Shuib Jangan Sedih 

Dalam perbualan itu, Sarah meminta Shuib untuk tidak bersedih dan menangis atas apa yang terjadi. Malah, Sarah turut sempat meminta maaf kepada Shuib sebelum penyanyi itu ditidurkan dan pergi buat selama-lamanya pada 9 Ogos 2021.

“Ibu..ini satu step ini je dan you kena lepaskan .You minta dengan Allah kuatkan semangat you dan Insyallah lepas ini kita akan tengok baby kita” ujar Shuib

“Okay sayang..” balas Sarah ringkas

“Ibu…sumpah I memang sangat you sangat” kata Shuib sebak

“You jangan nangis..” – Sarah

“Tak..tak nangis sayang” – Shuib

“Dy..jangan sedih Daddy” – kata Sarah

“Tak..I okay” – balas Shuib pula

“Ampunkan dosa-dosa I ya” titip Sarah

“I dah ampunkan segala dosa-dosa you” jawab Shuib

” I love you” ucap Sarah buat kali terakhir

” I love you so much..” balas Shuib

Sebagai info, lagu ini dirakamkan pada tahun 2002 dan dirilis pada 2003 melalui album MIMPI PUN SAMA. TINGGALKAN DIRIKU sudah berada di semua platform digital mulai 26 November 2021 dan MV pula disiarkan melalui YouTube Shuib Channel.

Thalita Tampil Anggun Bertudung, Peminat Teruja
YouTube video
shuibsiti sarahTinggalkan Diriku
https://lomp.at/m3q0d
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore