• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Selepas Bersalin Dari YM Che Puan Khaleeda

by Jash Lee
January 23, 2021
Share on Facebook

Mana ada orang yang suka bila berat badan semakin bertambah, apa lagi selepas melahirkan anak. Namun, ada juga segelintir wanita yang selepas melahirkan anak sangat susah untuk melakukan senaman dan diet. Ini adalah kerana kesibukan seharian dan kurang mengambil berat dalam isu menjaga kesihatan badan termasuk menjaga berat badan.

Sebenarnya wanita selepas bersalin harus menetapkan satu sasaran agar berat badan dapat kembali ke bentuk asal dan badan terasa lebih sihat dan segar.

Jom kita tengok tip yang dikongsikan oleh YM Che’ Puan Khaleeda tentang bagaimana cara beliau dapat menguruskan berat badan selepas bersalin.

Menyusu Badan

via ig

Memang terbukti bahawa menyusu badan bukan sahaja baik pada bayi tetapi juga kepada ibu yang melahirkan. Ini adalah kerana aktiviti menyusukan bayi dapat membakar antara 200 – 500 kalori setiap hari. Sama seperti anda melakukan senaman selama setengah jam.

Disamping itu, menyusu juga dapat membantu mengecutkan rahim dan perut akan lebih cepat kempis. Katanya juga, aktivi menyusukan bayi akan menggunakan banyak tenaga sehingga beliau merasakan makanan yang diambil sangat mudah dihadam dengan cepat.

Antara lainnya juga, bayi yang menyusu boleh dikaitkan dengan cara pemakanan si ibu. YM Che’ Puan Khaleeda sendiri mengaku apabila menyusukan bayi, beliau akan mudah merasa cepat lapar dan disebabkan itu beliau akan lebih kerap makan. Namun ianya tidak menjadi satu kerisauan pada beliau kerana katanya, beliau mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi yang diwarisi secara genetik dari ayahndanya. Untuk mendapatkan susu ibu yang banyak, beliau menyarankan untuk para ibu banyak mengambil lobak putih.

Bengkung

YM Che’ Puan Khaleeda juga berkongsi tip bahawa beliau hanya mengenakan bengkung untuk bulan pertama sahaja dan selepas itu anda boleh melupakannya dan hanya pastikan kita kerap melakukan senaman dan menjaga diet. Beliau juga ada berkongsi bahawa beliau hanya berpantang selama 40 hari.

YM Che’ Puan Khaleeda juga akan selalu mengenakan stoking bagi memastikan kaki akan merasa lebih hangat sentiasa. Antara tip lain yang juga dikongsikan ialah sentiasa memastikan rambutnya akan dikeringkan setiap kali selepas dicuci.

Diet Yang Seimbang

Semasa berpantang, YM Che’Puan Khaleeda akan memastikan untuk kerap minum air yang cukup, mengambil makanan yang sihat, banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan, bijirin juga protein yang sihat.

Kurangkan mengambil gula dan garam secara berlebihan dan elakkan minuman bergas dan berkarbonat.

Apapun, motivasi dan disiplin adalah perkara yang paling utama yang perlu diterapkan dalam diri bagi menurunkan berat badan.

via gempak.com

YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam telah mendirikan rumahtangga dengan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor pada hari Jumaat, 24 Oktober 2014. Dan kini mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu seorang puteri dan 2 orang putera.

tipskuruskanbadan turunberatselepasbersalin tinggimetabolisma ymchepuankhaleeda
https://lomp.at/t2chq
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore