Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Titip Anak Kepada Bibik Asal Filipina, Mira Filzah Terpaksa Tinggalkan Anaknya Wan Khair Selama 3 bulan

by Puteri Alia
August 4, 2023
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah,  mengakui dia bakal berjauhan dengan anaknya, Wan Khair Amir, 15 bulan, selama tiga bulan demi menjayakan penggambaran filem terbarunya, Munajat Kekasih tidak lama lagi.

Menurut Mira, atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia juga tidak bimbang meninggalkan anak bersama pembantu rumah warga Filipina kerana ada suami dan ibu yang membantu mengawasinya di rumah.

“Saya memang berasa sedih kerana bakal berjauhan dengan anak tetapi ia komitmen kerja yang perlu dilakukan sebagai pelakon.

“Bagi mengelakkan anak tidak berasa sunyi kerana ketiadaan saya di rumah, saya juga mengambil seorang guru untuk menemaninya dengan buat pelbagai aktiviti Montessori sepanjang tempoh saya ‘out station’ nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Memetik laporan Harian Metro, Mira mengulas mengenai filem terbaharu yang bertajuk Munajat Kekasih ini dia bakal beraksi sebagai heroin dalam filem arahan Osman Ali itu.

“Hero filem ini masih belum diputuskan lagi dan tunggu pengumuman dari pengarah nanti.

“Buat masa ini, saya masih mengikuti kelas lakonan selama satu hingga dua minggu dengan pelakon dan pengarah berkaliber Elly Suriaty.

“Selepas kelas lakonan ini selesai, baru kami akan memulakan penggambaran filem ini yang membabitkan lokasi di Kelantan dan Terengganu sekali gus berkampung selama tiga bulan di sana,” katanya.

Untuk rekod, pelakon yang menempa nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini berkahwin dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 33, pada 3 September 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei tahun lalu

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI
mira filzah
https://lomp.at/846o2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Berita

“Kami Kini Dalam Proses Berpisah…”-Marissa Dania

by Naddy Joe
April 1, 2026

Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara bahawa dia dan suami, Aslam...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @keanureeves.media (IG)
Lokal

Pelakon Keanu Reeves Bongkar Realiti Dunia Hollywood- “Jangan Jadi Orang Tak Waras”

by Nurul A.
April 8, 2026

Pelakon Hollywood popular, Keanu Reeves dikenali kerana lantang bersuara tentang industri hiburan yang sangat mencabar. Dalam salah satu temu bual...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara