Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tiz Zaqyah Bakal Nikah Dengan Kenalan Zaman Kanak-Kanak? – Hantaran ‘Doakan Kami’ Nas Amer Cetus Spekulasi Hangat

by Puteri Alia
November 11, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

“Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan.”

Demikian luahan penuh makna oleh seorang lelaki bernama Nas Amer di Instagram yang kini menjadi tumpuan ramai selepas dipercayai bakal suami kepada pelakon popular, Tiz Zaqyah. Hantaran itu dimuat naik bersama foto terbaharu mereka berdua, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa jurulatih kecergasan itu merupakan lelaki yang bakal mendampingi pelakon drama Nur Kasih itu ke jenjang pelamin.

Sebelum ini, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 37, mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya bakal berkahwin dengan kenalan zaman kanak-kanak. Walaupun enggan mendedahkan secara terbuka identiti jejaka tersebut, hasil carian di media sosial mendedahkan banyak foto mesra Tiz bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Nas Amer, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan rakan artis.

Ruangan komen di Instagram Nas Amer turut dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada netizen yang seakan mengesahkan hubungan istimewa mereka.

“Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan,” tulis seorang pengikut, manakala yang lain berseloroh bertanya, “Esok nak tempah baju, ada tema tak?” membayangkan majlis bahagia mereka mungkin semakin hampir.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Tiz menjelaskan bahawa lelaki pilihan hatinya bukan daripada kalangan individu dalam industri hiburan, sebaliknya adik kepada seorang pelakon. Namun, aktres itu enggan mendedahkan lebih lanjut kerana ingin menjaga privasi dan mengelak sebarang spekulasi berlebihan sebelum tiba masanya.

Buat masa ini, pasangan berkenaan masih belum menetapkan tarikh rasmi untuk hari bahagia mereka. Namun, dengan perkongsian terbaru daripada Nas Amer itu, ramai yang percaya detik istimewa Tiz Zaqyah menamatkan zaman bujangnya kini semakin hampir sekaligus menandakan lembaran baharu dalam kehidupan pelakon berbakat besar itu.

Tiz Zaqyah Selar Individu Pertikai Sedekah Makanan Untuk Rider Indonesia -"Keji Betul"
tiz zaqyah
https://lomp.at/qyu9a
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara