Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tomok Komen Teguran Ustaz Mengenai Isu Video & Pakaian LGBT!

by Ayden Mikhael
November 10, 2018
Share on Facebook

Menyambut baik teguran dan nasihat ahli agama berhubung berpakaian wanita dalam video muzik ‘Bekas Kekasih’, penyanyi Tomok meminta golongan agamawan dan netizen menonton terlebih dahulu video muzik tersebut dan mengambil mesej yang cuba disampaikan.

“Assalamualaikum… banyak perkara yang saya ingin jelaskan di sini tapi kita fokus satu-satu dulu ya. Saya sangat hargai (teguran) dari ustaz sampai ustazah, penuh timeline saya dua tiga hari ni.

“Salah tetap saya. Ya saya faham perkara itu tapi Menurut PU Amin atau nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, hal itu telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.

“Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram.

“Menerusi hadis Ibnu Abbas mengatakan Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

“Walaupun hanya berniat sekadar lakonan dan untuk berdakwah tapi ia tetap haram dan berdosa,” ujarnya berhubung video muzik tersebut yang kini trending di laman YouTube.

Selain PU Amin, pendakwah PU Syed turut meluahkan pandangan yang sama mengenai isu ini di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Tomok turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi teguran dan nasihat berhubung tindakannya mengenakan pakaian wanita tersebut.

“Saya terima kritikan korang dengan terbuka. Jutaan terima kasih pada mereka yang menegur saya dengan cara baik ataupun sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini menerusi sebuah portal berita, Tomok mengatakan tujuan dia berpakaian sebegitu demi menghidupkan lagi jalan cerita dalam video muzik tersebut. Lagu Bekas Kekasih adalah ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

[VIDEO] Gelagat Tomok Takut Untuk Bergambar Dengan Gajah, Netizen Terhibur!-"Sudahnya Dua-Dua Penakut..."
tomok
https://lomp.at/7pyyx
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara