• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

ToYm Tawar Hadiah RM495,000 Untuk 3 Pertandingan: Penulisan Skrip, Pencarian Bakat, & Drama Mikro

by Phic ARMAN
April 2, 2025
xr:d:DAFSsezCKvU:12,j:367463058,t:22121314

xr:d:DAFSsezCKvU:12,j:367463058,t:22121314

Share on Facebook

Kalau anda nak explore kreativiti dan tunjukkan bakat, ToYm (Thousands Of Years Media) ada tiga pertandingan menarik yang boleh anda sertai! Mereka bukan sahaja lancarkan satu, tapi TIGA pertandingan hebat, iaitu ToYm Microseries – Pertandingan Penulisan Skrip, Pertandingan Bintang Idol ToYm, dan Pertandingan Microseries Terbaik ToYm. Semua ini adalah peluang emas untuk para penggiat seni dan penghibur yang nak tunjukkan apa yang mereka boleh buat!

Untuk Pertandingan Penulisan Skrip ToYm Microseries, penganjur cari skrip asal untuk 30 episod dengan tema bebas, dan setiap episod akan berdurasi dua minit. Kalau berjaya, selain dapat peluang untuk skrip tu diterbitkan, pemenang akan bawa pulang RM30,000 untuk tempat pertama, RM20,000 untuk tempat kedua, dan RM5,000 untuk hadiah sagu hati. Jangan lupa, tarikh tutup penyertaan pada 4 Mei, dan pengumuman finalis akan dibuat pada 23 Mei. Majlis penyampaian hadiah pulak akan diadakan pada 15 Jun nanti.

Sementara tu, Pertandingan Bintang Idola ToYm Shining Star pulak buka peluang untuk mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun menunjukkan bakat dalam pelbagai persembahan. Hadiah keseluruhan bernilai RM220,000, jadi jangan lepaskan peluang!

View this post on Instagram

A post shared by Thousands Of Years Media 千年媒体 (@thousandsofyearsmedia)

Daftar online sebelum 8 April dan sesi uji bakat akan diadakan pada 12 dan 13 April. Kalau terpilih, andaakan lalui latihan berkumpulan pada 19 hingga 24 April, dan kemudian siap-siap untuk penampilan pertama pada Mei nanti. Pemenang boleh menang hadiah wang tunai, kontrak bakat, dan trofi edisi terhad!

Last but not least, Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm. Drama mikro 10 episod dengan durasi 1 hingga 2 minit setiap episod ni tawarkan hadiah wang tunai yang besar – RM100,000 untuk juara dan RM50,000 untuk pemenang tempat kedua. Tak lupa, ada lima hadiah RM10,000 untuk tujuh drama terbaik. Penyertaan dibuka dari 28 Mac hingga 15 Mei, dan keputusan tujuh terbaik akan diumumkan pada 30 Mei, sebelum majlis anugerah pada 15 Jun.

So, kalau anda ada idea kreatif, jangan tunggu lagi! Sertai salah satu dari tiga pertandingan ni, dan jadi sebahagian daripada pesta kreativiti yang akan memacu industri budaya dan kreatif ke arah yang lebih maju.

Layari ToYm di Facebook dan Instagram atau hantarkan emel ke contest@thousandsofyearsmedia.com untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan penghantaran dan maklumat lain.

ToYm
https://lomp.at/ari2v
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore