• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Siapa Sangka, Bintang Bollywood Ini Merupakan ‘Transgender’ Pertama Berlakon Filem

by Zaidin Albert
August 28, 2019
Share on Facebook

Dunia filem Bollywood bukan sahaja memperkenalkan bintang baru yang terdiri dari lelaki atau wanita berbakat malah dari golongan transgender. Nama Anjali Ameer tidak sepopular seperti nama Kajol, Kareena Kapoor yang sememangnya terkenal di seluruh dunia namun model ini telahpun dipilih menjadi salah satu bintang filem bersama pelakon veteran Bollywood, Mammootty, dalam sebuah filem yang berjudul Peranbu.

Kemunculan Anjali Ameer dalam filem ini menjadikan dirinya sebagai transgender pertama di India, yang memainan peranan utama dalam filem itu. Filem ini boleh ditonton dalam dua bahasa, Tamil dan Malayalam.

Selain Mammootty dan Anjali, filem itu juga dibintangi Sarath Kumar, Kaniha dan Suraj Venjaramoodu. Berikut beberapa fakta  mengenai Anjali, seperti yang dipetik dari The Indian Express.

Anjali berubah menjadi seorang wanita bermula sejak 2 tahun lalu, pada tahun 2015.

Dia melakukan pembedahan alat kelamin ketika berada di Bengaluru, India.

Bukan sahaja berlakon, dia juga merupakan model yang agak berjaya dan telah menjadi menghiasi muka depan dalam pelbagai majalah.

Dalam sebuah temu bual, Anjali menyebut bahawa sebelum ini dia tidak begitu percaya diri dalam dunia lakonan.

Bagaimanapun, Mammootty banyak memberi galakkan dan semangat untuk meningkatkan keyakinannya.

Dari zaman kanak-kanak, Anjali kelihatan cantik seperti seorang wanita.

Bukan sahaja wajahnya, penampilannya juga dilihat anggun sejak dulu.

Manis pada wajahnya seperti tidak ada yang menyangka bahawa dia pernah menjadi seorang lelaki.

Anjali berasal dari Kozhikode , Kerala dan seorang Muslim. Ketika dia masuk usia remaja, dia melarikan diri dari keluarganya kerana mereka tidak menerima perubahan identiti seksualnya.

Mengimbau kembali saat dia mula terjun dalam dunia lakonan, ia bermula selepas dia muncul di sebuah majalah  popular di Kerala. Kebetulan Mammootty, yang terlihat gambarnya dalam majalah itu, dia dipanggil untuk uji bakat untuk filem pertamanya Peranbu.

Tidak semua orang trangender yang berani menonjolkan diri seperti Anjali ini, semoga penglibatannya dalam dunia Bollywood dapat diterima oleh masyarakat di India! Salut untuk Anjali!

https://lomp.at/kt288
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Tersenarai Dalam Forbes, Shah Rukh Khan Kini Sertai Kelab Bilionair

by Nurul A.
October 10, 2025

King of Bollywood, Shah Rukh Khan telah menyertai kelab jutawan itu buat pertama kali, menjadi salah seorang pelakon terkaya di...

Read moreDetails
Foto - @all_knnowledge (IG)
Bollywood

Sanjay Dutt Beri ‘Amaran’ Kepada Aishwarya Rai- “Sisi Cantik Awak Akan Pudar Jika…”

by Nurul A.
November 19, 2025

Aishwarya Rai merupakan antara salah seorang aktres jelita Bollywood. Menerusi kerjaya lakonannya, Aishwarya telah membina namanya sebagai salah seorang selebriti...

Read moreDetails
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

by Nurul A.
October 24, 2025

Tahun ini, peminat Shah Rukh Khan sudah semestinya merindui dan menantikan salah satu tradisi yang dinanti-nantikan dalam Bollywood iaitu pesta...

Read moreDetails
Foto - @shahrukh_.kajol (IG)
Bollywood

Beri Amaran Supaya Tak Bekerjasama Dengan Kajol, Ini Yang SRK Beritahu Aamir Khan- “Dia Sangat…”

by Nurul A.
October 31, 2025

Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol adalah antara pasangan paling romantik di skrin Bollywood. Sama ada filem 'Kabhi Khushi Kabhie...

Read moreDetails
Foto - @swetakeswani (IG)
Bollywood

Aktres Jelita Ini Gelar Priyanka Chopra “Selfish & Hanya Dirinya” Dalam Industri Hollywood

by Nurul A.
November 19, 2025

Aktres India, Sweta Keswani, yang lebih sedekad bekerja di Amerika Syarikat, baru-baru ini berkongsi pendapatnya tentang perjalanan global aktres Priyanka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Terima Produk Tidak Seperti Dipamer, Pengguna Kecewa Sikap Penjual Dalam Talian

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore