Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Syed Saddiq & Ayden Beri Inspirasi di Triathlon Desaru: Sukan, Sokongan & Semangat

by Phic ARMAN
July 7, 2025
Share on Facebook

Kalau anda fikir triathlon ini cuma tentang siapa paling gagah, paling laju sampai garisan penamat… anda silap. MURAI berada di Desaru untuk menyaksikan sendiri kemeriahan International Multisport Coastal Fest 2025, satu acara penuh warna-warni yang bukan saja jadi medan mencabar diri, tapi juga jadi saksi keakraban antara YB Syed Saddiq dan peserta cilik yang mencuri tumpuan, Ayden Adrean.

Acara yang berlangsung meriah itu menyaksikan Aaron Lee dari Singapura muncul juara dalam kategori utama 113 Triathlon. Tapi bagi kami di MURAI, spotlight hari ini jatuh kepada dua figura yang tak kalah inspiratif, seorang ahli politik muda yang tak jemu menyokong rakyat sambil berlatih untuk IRONMAN, dan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang berani habiskan triathlon pertamanya walau hadapi cabaran besar.

MURAI sempat ‘tangkap’ dua figura yang mencuri perhatian, Syed Saddiq dengan Ayden , dua-dua penuh vibe positif, dua-dua buat kami senyum tengok chemistry mereka.

“Saya Pun Baru Lagi…”

Masa kami jumpa YB Syed Saddiq,  rilek je orangnya, padahal baru nak start acara 113km yang melibatkan berenang, berbasikal dan berlari.

“Acara macam ni memang penting. Dari Johor ke Perlis, Sabah ke Sarawak… kita semua kena mula gaya hidup sihat. Triathlon ni paling best sebab dia lengkap semua sekali!”- katanya sambil gelak kecil.

YB siap mengaku dia pun ‘budak baru’ dalam arena ni, baru start tahun lepas kononnya nak support kawan-kawan, tapi sekarang dah jadi hobi yang dia suka.

“Tahun ni saya masuk kategori 113km. Tak letak harapan tinggi, saya just nak enjoy je. Ini pun warm up sebelum IRONMAN kat Perancis dan Langkawi nanti.”

Apa yang buat kami kagum, bila nampak cara dia bagi semangat dekat Ayden. Dari awal sampai habis, asyik tengok dia jeling-jeling pastikan Ayden okay je.

"Tu Hantaran Ke Hiasan"- Netizen Makin 'Excited', Video Raya Syed Saddiq Jadi 'Clue'

Sampai je garisan penamat, Ayden terus duduk tarik nafas panjang. Penat jelas terpancar tapi muka puas!

“Alhamdulillah… masa berbasikal tu memang letih gila tapi saya tak pernah give up. Swimming tadi pun bila pelampung dah hanyut jauh, saya fikir, kalau teruskan nanti lemas pulak…” katanya Ayden sambil gelak malu-malu.

Yang menariknya, Ayden ni baru seminggu je training dengan coach. Tapi semangat dia tu macam dah setahun berlatih.

“This is the most bestest competition ever I’ve ever tried!” ujarnya sambil tunjuk thumbs up.

Bukan Sekadar Sukan

Sambil borak-borak santai, YB sempat pesan yang sukan ni jangan pandang sebelah mata.

“Lebih 50% rakyat kita overweight, 1/3 obes, 35% ada diabetes… angka ni makin naik. Kalau tak buat sesuatu dari sekarang, generasi depan yang susah. Sukan ni cara paling senang dan paling best nak sihat.”

Inspirasi Di Garisan Penamat

Bagi kami di MURAI, highlight hari tu bukanlah siapa paling pantas, tapi cara Syed Saddiq dan Ayden saling sokong-menyokong. Walaupun beza umur, pengalaman, dan stamina, dua-dua sama-sama buktikan yang sukan ini lebih daripada sekadar medal. Ia tentang semangat, kasih sayang, dan ‘bromance’ yang buat semua orang senyum.

Syabas Syed Saddiq & Ayden,  anda berdua memang inspirasi!

Ayden AdreanInternational Multisport Coastal Fest 2025syed saddiq
https://lomp.at/zwey1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara