Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

“Try Hard Tiru Cengkok Penyanyi Indonesia” – Peminat Seberang ‘Claim’ Suara Tokti Mirip Lesti Kejora!

by Puteri Alia
March 14, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan penyanyi kesayangan ramai ini, bukan sahaja dikasihi rakyat Malaysia malah namanya sering disebut-sebut serta dipuja-puja oleh peminat di seantero dunia.

Sebut sahaja nama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti tentu ramai yang mengenalinya, bahkan tidak hanya di Malaysia malah di Indonesia juga namanya sememangnya dekat di hati para peminat sehingga digelar sebagai penyanyi no 1 negara itu.

Apatah lagi, personaliti mesra serta ramah yang dimiliki TokTi ini membuatkan kebanyakkan selebriti-selebriti tersohor di negara jiran senang untuk berkerjasama dengannya serta berbesar hati untuk duet bersama.

VIA Google

Tular di laman Instagram, TokTi berkongsi video pendek nyanyian merdu duet bersama penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora yang membuatkan ramai terpegun dan meremang dengan alunan suara lunak dua diva kesayangan ramai ini.

VIA TikTok

Menjengah ke ruangan komen hantaran video milik penyanyi Indonesia berkenaan, Lesti Kejora rata-rata peminat daripada kedua-dua negara serumpun ini memberikan pujian serta menyeru agar TokTi dan Lesti untuk duet bersama di pentas besar seperti konsert khas.

VIA Instagram

Meskipun begitu, masih ada segelintir individu yang cuba untuk membanding-bandingkan kekurangan serta kelebihan di antara kedua-dua penyanyi hebat ini.

VIA Instagram

Terdahulu, menurut sebuah laporan portal media hiburan, TokTi pernah membuat teguran terbuka kepada kelompok peminatnya yang dikenali sebagai Siti Zoners supaya tidak membandingkannya dengan selebriti lain.

Teguran Siti itu dibuat dalam satu ciapannya di akaun Twitter miliknya dipercayai berkenaan dengan imej selebriti tersebut.

Malah, dia juga berharap supaya peminat dan mereka yang menyamar di sebalik nama Siti Zoners supaya tidak menjatuhkan dan memperlekehkan kerja-kerja insan yang bertungkus lumus menjaga reputasi dengan kerjayanya.

Datuk Aliff Syukri Dakwa Siti Nurhaliza Beli Beg Sebab Kasihan-"Saya Menjual Sambil Terjerit-Jerit"

Menurut pemerhatian Murai MY, kelompok yang cuba membuat perbandingan ini hanyalah kecil, namun jangan biarkan hanya disebabkan cita rasa dan perbezaan pendapat, peminat di antara kedua-dua negara jiran ini bermusuh demi memihak kepada penyanyi kesayangan masing-masing.

Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga!

Lesti Kejora yang juga popular dengan lagu Sekali Seumur Hidup membuatkan peminat di Malaysia juga teruja melihat pertemuan mereka yang mana Tokti juga menggangap dia sebagai adik.

“Kami sempat menunaikan permintaan fans untuk berduet lagu Sekali Seumur Hidup. Video ini khusus untuk para peminat lagu Sekali Seumur Hidup, syukur dapat bertemu @ctdk hari ini. Ngobrol-ngobrol, makan-makan sambil kita bernyanyi lagu ini.” Kongsi Lesty Kejora di ruangan Instagram. – Kata Lesti

Bagaimanapun, orang ramai meluahkan perasaan teruja kerana kedua-dua figura terkenal ini berduet menyanyikan lagu tersebut bersama sehingga rata-ratanya menyokong jika mereka akhirnya akan bergandingan di atas sebuah pentas berprestij.

datuk seri siti nurhalizaLesty kejoratokti
https://lomp.at/f7xer
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara