Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tuah Alif Satar, Kini Menjadi Duta Jenama Audio Terkemuka

by Phic ARMAN
March 25, 2019
Share on Facebook

Alif Satar nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga pengacara popular. Dengan kejayaan yang Aliff kecapi, beliau telah dilamar oleh satu syarikat jenama audio terkemuka iaitu Harman Studio.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Studio Harman telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2019. Aliff turut hadir pada majlis pelancaran tersebut selaku duta rasmi Harman Malaysia. Menurut Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Harman Asia Pasifik, Mark Ng, pihak mereka memilih Aliff kerana dia amat sesuai mewakili dengan jenama itu.

“Kami amat berbesar hati mempunyai Alif Satar sebagai duta kami. Beliau melambangkan nilai dan kualiti yang dibawakan oleh Harman. Paling penting, beliau juga percaya pada jenama Harman,” kata Mark Ng.

Dikenali sebagai jenama audio terkemuka dalam menawarkan produk audio yang berkualiti, Harman akan membuka studio pertama di Malaysia. Terletak di Sunway Geo Avenue, studio ini menawarkan pengguna solusi audio Harman yang serba lengkap dan juga produk terbaru mereka. Lengkap dengan jenama seperti JBL, Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon, dan Revel, Studio Harman adalah salah satu yang pertama di rantau APAC dan ia dijangka akan dapat mengukuhkan kehadiran Harman di rantau ini.

Studio ini menempatkan ruang pameran dua tingkat berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi. Menjadi kebanggaan sebagai ruang pameran Harman yang terbesar di Malaysia, ia melibatkan ruang pameran dengan konsep gaya hidup yang paling eksklusif. Pengunjung dapat mengalami sendiri gaya hidup Harman yang dijelmakan semula oleh pembesar suara mudah alih dan fon kepala Harman. Selain itu, mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan konsep rumah Harman yang dimeriahkan oleh bar bunyi, teater rumah dan ruang audio mewah.

Ditubuhkan pada 1953 oleh Sidney Harman dan Bernard Kardon, Harman sentiasa menjadi peneraju dalam penghasilan produk audio dengan kesetiaan pengguna yang tinggi, termasuk yang pertama di dunia dan pelbagai inovasi. Hari ini, Harman Kardon adalah sebuah rumah audio berjenama terkemuka yang menyediakan pelbagai produk audio untuk pengguna, termasuk sistem bunyi rumah dan pembesar suara Bluetooth yang meningkatkan pengalaman gaya hidup dan hiburan pengguna.

“2019 merupakan tahun yang menarik buat Harman Malaysia. Kami mensasarkan untuk mendekati lebih ramai pelanggan di Malaysia dan kami ingin menawarkan lebih daripada sekadar produk kepada para pelanggan. Kami mahu melibatkan pengguna dengan kualiti dan nilai yang ditawarkan oleh Harman. Saya percaya dengan pelancaran Studio Harman, jenama ini akan terus menjadi jenama pilihan audio bagi masyarakat Malaysia,” tambah Mark Ng.

Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 95% untuk item terpilih. Selain itu, Harman Studio juga bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria untuk menawarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW, pada hari yang sama. Pelanggan yang membeli BMW pada hari tersebut akan menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM 3,000. Tawaran promosi ini juga akan dilanjutkan kepada pameran JBL di Mid Valley Megamall North Court dari 25 hingga 31 Mac 2019.

Ligamen Alif Satar Koyak Di Zurich Liga 7X7 All Stars 2025 -"Harini Bengkak Kaw-Kaw.."
Alif SatarHarman MalaysiaHarman Studio
https://lomp.at/3s871
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara