Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026
Foto - @remyishak (Threads)

Foto - @remyishak (Threads)

30
KONGSIAN
Share on Facebook

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior Datuk Remy Ishak.

Untuk makluman semua, sebelum ini Kamal menegur Tareq supaya tidak mempedulikan karya lagu raya yang dihasilkan oleh individu yang berpewatakan lembut.

Foto – @tareqfit91 (Threads)

Namun teguran tersebut seperti disalah tafsir apabila Tareq kemudiannya membalasnya dengan mempersoalkan sumber pendapatan Kamal sebagai seorang pelakon.

Berdasarkan kenyataannya, Tareq mendakwa sumber pendapatan Kamal tidak halal kerana pelakon tersebut telah bekerja bersama wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Foto – @tareqfit91 (Threads)

Kenyataan tersebut mendapat perhatian Remy, apabila pelakon senior itu meluahkan rasa kesalnya terhadap Tareq yang seolah-olah memandang rendah terhadap golongan anak seni.

View this post on Instagram

Bukan itu sahaja, Remy turut menegaskan bahawa dia tidak pernah melihat golongan selebriti bersikap kurang sopan, malah melayan sesiapa sahaja yang menghampiri mereka dengan mesra.

“Sudah lebih 20 tahun saya berada dalam industri persembahan/hiburan, tidak pernah saya melihat walau sekalipun rakan sesama aliran seni ini menghukum, mencaci, mengherdik, menghina sesiapa saja yang datang kepada kami. Pernah juga yang “bukan peminat” datang untuk bergambar, malah kami layankan juga dengan senyuman.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, turut mempersoalkan sebab mengapa Tareq Fit dilihat sangat ‘anti’ golongan anak seni.

“Tapi sejarah hitam apakah yang menghantui hidup sehingga anda membenci golongan industri seni/ kreatif ini? Ada ahli keluarga anda yang kena tikam dengan kami ke? Cuba share sebabnya.”

Menjengah ke ruangan komen, MURAI tertarik dengan sebuah komen pengguna platform Threads, yang menasihati untuk menggunakan bahasa yang sopan ketika memberi nasihat kerana setiap orang tidak tahu bagaimana pengakhiran hidupnya.

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- "Dah Basi Lawak Macam Ni"
kamal adliremy ishaktareq fit
https://lomp.at/gtg9p
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

by Nurul A.
March 31, 2026

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan...

Read moreDetails
Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara