Thursday, September 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Terpilih Menerima Anugerah Instafamous, Ini Komen Tun M…

by Phic ARMAN
August 9, 2019
Share on Facebook

Siapa sangka, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra dipanggil Tun M antara barisan penerima anugerah khas pada malam Anugerah Instafamous edisi kedua anjuran Hurr.tv yang berlangsung di Vogue Lounge, Menara Suezcap, Kuala Lumpur.

Walaupun tidak hadir untuk menerima Anugerah Instafamous Inspirasi, Tun M sempat membuat sebuah video ucapan yang telah dipertonton kepada semua tetamu yang hadir.

Dalam video tersebut, beliau berkata,

“Kalau saya menjadi contoh yang baik, alhamdulillah. Tidak ada jalan singkat. Jika sayang negara, kita harus bekerja keras untuk menaikkan semula negara ke tahap terbaik.

View this post on Instagram

A post shared by ????.?? (@hurr.tv)

“Anugerah ini disampaikan kerana kerja kuat, dedikasi dan sumbangan saya kepada rakyat Malaysia. Terima kasih hurr.tv atas anugerah khas ini,” katanya.

Tun M turut berharap supaya setiap pengguna telefon pintar menanamkan sikap tanggungjawab terutama apabila berkongsi berita.

“Kini, maklumat dan berita dapat dicapai di mana-mana sahaja dengan telefon pintar dan seseorang itu dapat menjadi wartawan segera.

“Dengan kuasa yang ada ini, penting sekali untuk kita praktikkan sifat tanggungjawab supaya maklumat disampaikan tepat, betul dan bukanlah berita palsu,” katanya.

Walaupun tidak hadir pada malam tersebut, namun cucu Tun M, Ally Mukhriz turut hadir menyerikan majlis. Anak perempuan kepada Dato’ Seri Haji Mukhriz ini tercalon bagi kategori Anugerah Instafamous Paling Stylo.

https://www.instagram.com/p/B06DeQJht3y/

Majlis turut memberikan anugerah khas kepada lapan personaliti iaitu Vivy Yusof (Instafamous Unggul), Ain Edruce (Instafamous Versatil), Izzue Islam (Instafamous Adiwira), Eyra Hazali (Instafamous Pujaan Hati), Floor 88 (Instafamous Fenomena), Amelia Henderson (Instafamous Stylista), Mark Adam (Instafamous Mudah Terhibur) serta Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar (Instafamous Couple Sejati).

Selain itu, Anugerah Instafamous turut menampilkan sembilan kategori dipertandingkan khusus buat individu bergelar instafamous atau influencers.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap calon dipertandingkan.

  • Paling Ohsem: Cupcake Aisyah
  • Paling Bro: Megat Rahim
  • Paling Chantek: Dahlia Rizal
  • Paling On-Point: Nisha Ezzati
  • Paling Stylo: Johanis Sani
  • Paling Versatil: Sean LJE
  • Paling Layan: Kucaimars
  • Paling BBNU: Farrah Khairina
  • Paling Fit: Syafiq Farhain
Ain Edruce (Instafamous Versatil)Amelia Henderson (Instafamous Stylista)anugerah instafamousEyra Hazali (Instafamous Pujaan Hati)Floor 88 (Instafamous Fenomena)hurr.tvIzzue Islam (Instafamous Adiwira)Mark Adam (Instafamous Mudah Terhibur)Vivy Yusof (Instafamous Unggul)
https://lomp.at/svppf
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri, Khawla Menyanyi Lagu Kemerdekaan Buatkan Netizen Teruja

  3. 3

    “Hidup Penuh Dengan Rasa Syukur & Tidak Dendam”- Kongsian Madu Marissa Dania Curi Perhatian

  4. 4

    RM250 Seorang Untuk Anak Bawah 6 Tahun, Ini Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025

  5. 5

    [VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Belanja’ Konsert Percuma Dalam Pesawat, Tetapi Lain Pula Yang Netizen Puji

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem