Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Tweetfamous’ Didakwa Jual Slot Vaksin, Netizen Mahu Identiti Pelaku Didedahkan

Tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pelaku itu, pendedahan tersebut bagaimanapun dikecam oleh rata-rata pengguna

by Khai Azfar
July 19, 2021
Share on Facebook

Sejak petang Ahad, di laman Twitter hangat memperkatakan mengenai dakwaan seorang pengamal media terkenal laman itu (Tweetfamous) yang dikatakan telah bertindak menjual slot vaksin ketika bertugas sebagai sukarelawan di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV).

Netizen Berteka-Teki

Dakwaan tersebut telah didedahkan oleh seorang netizen yang berkata kes tersebut hampir menjadi kes polis setelah diketahui oleh sesetengah pihak. Tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pelaku itu, pendedahan tersebut bagaimanapun dikecam oleh rata-rata pengguna yang mendakwa isu seumpama itu tidak seharusnya dirahsiakan apatah lagi melibatkan vaksin yang diperlukan oleh orang ramai.

Mahu Identiti Didedahkan 

Menggesa agar identiti pelaku didedahkan, bagaimanapun ciapan tersebut telah dipadam oleh netizen itu setelah mendapat pelbagai kecaman termasuklah dia dikatakan hanya sekadar ingin mencari publisiti di atas yang menjadi sensitivi masyarakat kini.

Dalam pada itu, netizen yang mendedahkan perihal tersebut berkongsi ciapan yang berkaitan yang mana mendakwa isu jualan slot vaksin itu turut disaksikan sendiri oleh sepupu dan rakannya. Namun ciapan tersebut turut dipadam tidak lama kemudian.

Menerusi perkembangan berkaitan, terdapat sesetengah netizen akui beberapa PPV menawarkan slot vaksin kepada mereka yang masih belum mendapatkannya berdasarkan slot yang kosong pada hari tersebut. Namun, ia tidaklah dijual dan diberikan secara percuma buat mereka yang berminat.

tweetfamousVaksin Covid-19
https://lomp.at/v4lzy
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara