Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Tukang On Butang Live” – Rupanya Pembantu Rumah Tya Ariffin Jadi Krew ‘Bersama Tya’

Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di 'Instagram Live'

by Khai Azfar
September 14, 2021
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi yang kini bergelar usahawan, Tya Ariffin kini dikenali ramai menerusi program bual bicara dalam talian, Bersama Tya apabila mula bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.

Kongsi Inspirasi Dalam Bersama Tya

Ketika pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin,27 komited untuk berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.

“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.

“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada Murai.my

Semuanya Dibuat Sendiri Oleh Tya

Menurut Tya, dia pernah menjadi penyampai radio namun tidak berkesempatan untuk menjadi pengacara. Dengan peluang yang ada terutamanya membiasakan dengan norma baharu ini, Tya berjaya melakukannya biarpunya segalanya dilakukan sendiri.

“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.

“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,”

“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung” kata pemilik perniagaan jus kesihatan Mutyara ini.

Menariknya lagi, Tya turut mendedahkan pembantu rumahnya menjadi ‘krew’ bagi membantunya melancarkan siaran langsung tersebut.

“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.

“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya lagi

Ingin Jemput Tun Hasmah

Untuk rekod, setakat ini program tersebut sudah bersiaran lebih dari 30 episod yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.Tidak hanya pernah mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia seperti ibu mertuanya Tengku Zawiyah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya turut mengundang selebriti dari Indonesia.

Menantu TokTi Tunjuk Aurat? Asyraf Khalid Akui Kesilapan Isterinya, Tya Arifin Dedah Rambut

Dalam pada itu, isteri kepada Asyraf Khalid ini turut menyimpan hasrat untuk mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.

“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.

“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” ujar Tya

Dalam perkembangan lain, Tya akui turut sama rindu akan keluarga di kampung halamannya di Palembang, Indonesia selepas dua tahun tidak bersua.

“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.

Sebagai info, Tya telah berkahwin dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata,Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

YouTube video
bersama tyatya ariffin
https://lomp.at/djgdf
Share28Tweet17SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara