Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Shila Amzah Kongsi Keadaan Ubai Yang Cedera Akibat Futsal-“Haritu Kepala, Ni Kaki Pulak!..”

by Naddy Joe
October 10, 2025
Share on Facebook

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi keadaan suaminya pempengaruh media sosial, Ubai Mz yang mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki dan buku lali disebabkan perlawanan bola sepak pada Khamis.

“Kawan-Kawan Dilarang Ajak-Ajak Dia Main Bola Ke, Pergi Ride Ke..”

Kongsi Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Hamzah menerusi video yang dimuatnaik di Instagram turut memaparkan keadaan Ubai yang mengadu rasa sakit apabila sedang menuruni tangga rumah mereka untuk menjalani pemeriksaan x-ray di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Tegas Shila, dia bakal membangkang ajakan mana-mana rakan suaminya untuk mengajak Ubai bermain bola atau ride.

“Retak kakinya namun tidak hatinya Ubaihani. Punca bola ni dah dua kali, hari tu kepala ni kaki pulak!.

Kawan-kawan dilarang ajak-ajak dia main bola ke, pergi ride ke, semua tu saya bangkang eh. Jangan buat hal.”-kongsi Shila di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

Terpaksa Bercuti Panjang

Dalam pada itu, Ubai menerusi hantaran di Thread mengakui rasa sedih terhadap kecederaan serius yang berlaku, namun dia harus redha selain terpaksa bercuti panjang.

“Kecederaan teruk untuk game petang tadi. Buku lali terseliuh dan Kaki retak. Sedih tapi benda dah nak jadi. Redha je lah. Saya cuti panjang gais.”-tulis Ubai di Thread

Netizen & Rakan Selebriti Titip Doa

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan doa agar Ubai diberikan kesembuhan dengan cepat, malah ada yang sempar berseloroh menjadi ‘batu api’ dengan meramalkan bahawa Ubai bakal kembali bermain bola setelah sembuh dari kecederaannya itu.

“Allah! Speedy recovery hampaaa Ubai hani.”-Rozita Che Wan

“Yelah esok saya mula main catur.”-Ubai Mz

“Happy dengan kawan, sakit isteri jaga #donebatuapi.”

“Percayalah nanti dia pergi pastu balik buat tak sakit 😂 tau-tau esok dah bengkak.”

“Bukan nak cakap apa tapi nanti dia dah sihat confirm terus main balik 😂.”

“Semoga Allah menyembuhkan, aaminn.”

Sekadar info, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.

Shila kemudian berkahwin buat kali kedua bersama Ubai atau Muhammad Ubaidillah. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira yang dilahirkan pada Mei 2024.

Shila Amzah Titip Pesanan Buat Para Ibu Bapa Selepas Anaknya Kembali Dijangkiti Kutu!
shila amzahubai mz
https://lomp.at/drfd7
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Lokal

Bapa Tiri Titip Pesanan Buat Marissa Dania, Netizen Sebak-“Bertuah Marissa Dikelilingi Keluarga Yang ‘Supportive’..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria tampil memberikan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania selepas tular pengesahan pihak...

Read moreDetails
Lokal

Ikmal Amry ‘Throwback’ Jadi Peminat Amyra Rosli, Curi Perhatian Netizen!-“Sekarang Dia Pula Kena Panggil Saya Abang..”

by Naddy Joe
April 9, 2026

Aktor, Ikmal Amry mencuri perhatian netizen selepas mengimbas kembali kenangan dirinya yang menjadi peminat kepada pelakon jelita, Amyra Rosli. Pasang...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara