Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Program ‘Raja Lawak’ Kini Di Awesome TV! Ujibakat Terbuka Akan Diadakan Bermula Esok

Awesome TV dengan berbesar hati membawakan edisi terbaharu perintis program realiti komedi popular ‘Raja Lawak’ yang kini bakal dikenali dengan jenama ‘Awesome Raja Lawak’.

by Arsiqin Yusof
June 3, 2022
Share on Facebook

Dalam usaha meneruskan komitmen membekalkan kandungan hiburan berkualiti tinggi sekaligus mengukuhkan kedudukan selaku pemain utama industri kreatif di Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati membawakan edisi terbaharu perintis program realiti komedi popular ‘Raja Lawak’ yang kini bakal dikenali dengan jenama ‘Awesome Raja Lawak’.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007, platform ‘Raja Lawak’ terbukti berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni tanahair dan sudah melahirkan ramai pelawak versatil seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Johan, Zizan Razak, Sepahtu, Shiro, Zero serta ramai lagi.

Masih Relevan

Mengulas lanjut mengenai penganjuran pertandingan ‘Awesome Raja Lawak’, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku
Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, pihaknya melihat penjenamaan ‘Raja Lawak’ masih lagi relevan dengan penambahan evolusi baharu.

“Menyingkap kembali sejarah penerbitan program realiti komedi ‘Raja Lawak’ edisi pertama lebih 15 tahun yang lalu, jenama dan legasinya terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan kerana berjaya melahirkan ramai nama-nama berpengaruh menerusi pertandingan tersebut.

“Selepas bertahan selama 7 musim dan melabuhkan tirai terakhir pada tahun 2013, kini pertandingan popular ini
dibawakan semula dengan evolusi baharu. Melihat kepada lanskap pasaran kandungan kreatif, kami yakin dengan potensi hiburan komedi yang dilihat masih kekal relevan serta boleh diangkat ke satu aras yang lebih tinggi dan bervariasi.

“Selain itu, fokus kami dalam menerbitkan program-program seumpama ini adalah untuk melahirkan pelawak berkualiti bagi mengisi ruang yang ada sekaligus boleh digilap untuk menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak komersial tempatan sedia ada. Semoga pencarian edisi 2022 pada kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun terdahulu,” katanya.

Uji Bakat Di Empat Negeri

Bagi mengenal pasti bakat baharu pelapis bidang komedi, pihak produksi ‘Awesome Raja Lawak’ akan menjelajah ke empat buah negeri di seluruh Malaysia untuk mengadakan sesi uji bakat terbuka. Seramai enam pelawak terkenal tanah air yang terdiri daripada Jalil Hamid, Azlee Senario, Ajak Shiro, Atu Zero, Ali Puteh dan Mamak Puteh turut dilantik sebagai juri uji bakat dan akan bergilir-gilir untuk turun padang bagi mengadili sesi tersebut.
Selain itu, pelawak Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik yang juga turut hadir untuk memeriahkan suasana sebagai hos uji bakat.

Barisan juri uji bakat akan menilai calon peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti tahap kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal. Lokasi-lokasi yang bakal dikunjungi adalah seperti berikut:

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Calon peserta bebas memilih untuk menyertai pertandingan ini secara solo, duo atau trio. Setiap yang hadir juga perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit.

Kaunter pendaftaran bagi sesi uji bakat di setiap lokasi akan dibuka dari jam 8.00 pagi dan calon peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan. Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan atau pasport untuk warga Singapura serta gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) atau ukuran pasport.

‘Awesome Raja Lawak’ bakal bersiaran di secara eksklusif di Awesome TV menerusi platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) bermula Julai kelak. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumum pada sidang media akan datang.

Awesome Raja LawakRaja Lawak
https://lomp.at/czkm1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara