• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

‘Uncle Kentang’ Dijemput Ke Rancangan Khas Maulidur Rasul Astro

by Khai Azfar
October 28, 2020
Share on Facebook

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul esok dan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, Astro akan mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis, NAURA, dan Warna, serta di platfrom digital My Salam Muslim.

Rancangan Khas Maulidur Rasul

Dengan kandungan yang penuh bermanfaat bagi seluruh lapisan masyarakat,program-program istimewa sempena Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi rasa cinta dan hormat, sekaligus mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW. Antara yang menarik pada rancangan-rancangan khas ini termasuklah akan menjemput individu yang aktif dengan kerja-kerja amal, iaitu Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang untuk berkongsi pengalamannya bersama penonton.

Berikut Murai.my kongsikan antara rancangan-rancangan menarik di Astro bersempena Maulidur Rasul :

‘Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul’

Astro Warna

28 Oktober 2020 (Rabu), jam 9 malam

Sinopsis: Istimewa Maulidur Rasul ini, Datuk AC Mizal menjemput PU Azman, Yana Samsudin, dan Uncle Kentang (Kuan Chee Heng) untuk bercerita tentang pengalaman hidup yang sudah tentu boleh menjadi contoh dan tauladan bagi orang ramai.
Hos: Datuk AC Mizal
Tetamu Jemputan: Yana Samsudin, PU Azman, Uncle Kentang (Kuan Chee Heng)

‘Iman Hakiki’

Astro Oasis

29 Oktober 2020 (Khamis), jam 10 pagi

Sinopsis: Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar, sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti di zaman Nabi Muhammad SAW, dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran, zikir dan pelbagai aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?

Barisan Pelakon: Hisham Hamid, PU Azman, Datuk Rahim Razali, Ruminah Sidek, Zaidi Omar, dan Atita Haris
Pengarah: Rashid Sibir

‘Life & Love with Lisa’

NAURA

29 Oktober 2020 (Khamis), jam 8 malam

Sinopsis: Life & Love with Lisa adalah program yang dihoskan oleh Lisa Surihani dengan barisan tetamu yang terdiri daripada selebriti tanah air yang pernah menunaikan ibadah Haji. Tetamu-tetamu selebriti yang datang akan berkongsi perjalanan mereka sepanjang menunaikan ibadah haji dan bagaimana perubahan baru tersebut memberi makna kepada kehidupan masa kini disamping kehidupan bergelar wanita bekerjaya.

Hos: Lisa Surihani

‘Sketsa Cara Kita vs Cara Sunnah’

Saluran YouTube dan Instagram My Salam Muslim

Mulai: 27 Oktober 2020 (Selasa), jam 12 tengah hari

Sinopsis: Sketsa komedi yang menunjukkan perbandingan cara orang biasa menjalani situasi atau rutin harian vs cara sunnah Nabi Muhammad SAW.

‘MV Hadirmu Ya Rasulullah (Thola’al Badru)’

Saluran YouTube dan Instagram My Salam Muslim

28 Oktober 2020 (Rabu), jam 8 malam

Sinopsis: Dendangan Thola’al Badru, selawat ke atas Rasulullah SAW yang diberi nafas baru, nyanyian Azzam Sham, Mawi, Lah Ahmad dan Fadh Majid.

Artis: Azzam Sham, Mawi, Lah Ahmad dan Fadh Majid

Maulidur rasulrancangan khas maulidur rasul
https://lomp.at/2mfug
Share5Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore