Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ungku Ismail Aziz Kini Bergelar Pengarah, Galas Tanggungjawab Dua Tanggungjawab Dalam Drama Sama

by Arsiqin Yusof
December 29, 2022
Share on Facebook

Astro Prima membawa pertaruhan terkini mereka dalam sebuah drama adaptasi novel iaitu ‘Bukan Syurga Pilihan’, menampilkan kisah seorang wanita yang sering terperangkap dalam perkahwinan yang penuh onak duri.

Isu Penderaan Domestik

Slot Tiara kali ini memberi penekanan terhadap isu penderaan domestik serta kesannya terhadap sesebuah hubungan suami isteri yang pada awalnya dibina atas kasih sayang.

Penceritaan 40 episod ini memaparkan kehidupan Tihani yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid yang menjanjikan bahagia buat selamanya. Janji manis ini mungkir apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga ketika mereka sedang bergaduh.

Tihani kemudian didatangi Megat Ariff yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang Megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea, gadis pilihan ibunya Dato’ Ilya.

Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani, perkahwinan kedua ini turut dipenuhi onak duri apabila diganggu oleh Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat.

Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.

https://www.instagram.com/p/CmiaL4avLOW/

Arahan Pertama Ungku Ismail

Drama ini merupakan hasil arahan pertama pelakon Ungku Ismail Aziz dalam slot Tiara yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Gantung’ oleh AH Clans di samping menjadi salah satu pelakon utama bersama-sama dengan Nadiya Nisaa sebagai Tihani, Fezrul Khan sebagai Zaid, Aishah Ilias sebagai Sofea dan Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Megat Ariff, Dato’ Ilya. Runut bunyi untuk drama rantaian ini termasuk lagu ‘Tersakiti’ oleh Fai Ramli yang dihasilkan oleh KRU Music.

Menurut Ungku Ismail, dia pada mulanya hanya ingin mengarah drama berkenaan namun pihak produksi dan stesen televisyen tetap mahukan dia turut berlakon di dalamnya.

“Pada awalnya saya memberitahu pihak MIG dan stesen televisyen yang saya hanya ingin mengarah drama ini tetap mereka harap saya berlakon sekali jadi saya menunaikan hasrat mereka dan mengambil peluang ini untuk membuat latihan dan timba pengalaman.

“Sebagai pengarah, saya perlu mengawal pasukan kerja, mengambil kira semua perkara dan mendapatkan kesepakatan pasukan kerja. Cabaran apabila menjadi pengarah dan pelakon pula, saya perlu lepaskan ‘pengarahan’ saya kepada team bila saya perlu berlakon.

“Pertukaran pengarah kepada pelakon itu adalah satu cabaran kepada saya tetapi inilah yang saya ingin buat,” katanya yang menyifatkan rakan-rakan pelakon sangat membantu.

‘Bukan Syurga Pilihan’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Ungku Ismail
https://lomp.at/n0cud
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  4. 4

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

  5. 5

    Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara