Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

UNIQLO Perkenal Koleksi 2025 Spring/ Summer Dengan Tema Modern Neo Classic

by Naddy Joe
January 24, 2025
Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO baru-baru ini memperkenalkan koleksi LifeWear Spring/Summer 2025 dalam preview eksklusif di OneBangsar. Tema bagi musim kali ini adalah Modern Neo Classic, diinspirasikan dari musim bunga  di Copenhagen dan musim panas yang indah di Athens, membawa pengaruh global ini ke dalam almari pakaian Malaysia.

Koleksi terkini ini meraikan falsafah LifeWear yang menekankan kesederhanaan, kualiti  dan fungsi, menawarkan perspektif segar ke atas helaian pakaian di dalam almari.

Dengan memberikan tumpuan kepada reka bentuk yang timeless, koleksi ini menekankan kesederhanaan yang dicapai melalui material inovasi. UNIQLO menawarkan pilihan layering yang versatil, memberi respon kepada pelbagai gaya dan meningkatkan siluet setiap pakaian. Rekaan musim ini memberikan unsur klasik dan mewujudkan kombinasi yang moden tetapi timeless.

Diinspirasikan oleh minimalisme Copenhagen yang selesa dan ceria dengan sinaran Athens, koleksi ini menafsir semula gaya klasik dengan tona neutral, layering yang ringan, dan siluet segar.

Dari keanggunan semula jadi musim bunga Copenhagen kepada kehangatan sinar musim panas Athens, setiap kota memberikan watak yang unik kepada rekaan LifeWear. mencipta helaian pakaian yang mudah disesuaikan untuk mana-mana acara.

Key styling pada koleksi Spring/Summer LifeWear 2025 ini termasuklah Premium Linen Shirt, yang dikenali kerana keselesaannya. Buat kali pertama, preview kali ini juga memaparkan koleksi UT (UNIQLO T-shirts), mempamerkan rekaan yang diinspirasikan oleh Picasso, Peanuts, dan seni pop NY.

Preview ini juga menonjolkan koleksi eksklusif, termasuklah UNIQLO: C, UNIQLO U, dan kolaborasi UNIQLO x COMPTOIR DES COTONNIERS, yang menawarkan pelbagai gaya yang menonjolkan tema musim ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi UNIQLO LifeWear Spring/Summer 2025, anda boleh lawati laman web UNIQLO.

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!
Uniqlouniqlo spring/summer 2025
https://lomp.at/8ir83
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara