• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Upiak Isil Gagal Menahan Sebak, Sering ‘Overthinking’ Kerana Kecaman Netizen

Upiak berkata dia mengambil pendekatan untuk mengasingkan diri buat seketika

by Khai Azfar
November 22, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Indonesia, Upiak Isil gagal menahan perasaan sebak apabila mendedahkan dirinya merupakan seorang individu yang terlalu memikirkan sesuatu (overthinking) sehingga menganggu emosi.

Terima Kecaman Melampau

Menurut Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda,34 dia akui menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehingga ada yang berkata mengenai keluarganya. Jelas Upiak,antara punca kecaman tersebut adalah kerana tanggapan orang yang beranggapan dia tidak boleh bernyanyi hanya kerana mendendangkan lagu hits nya, Tak Tuang yang bergenre ke arah komedi.

“Tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menyanyikan lagu komedi. Kalau dahulu, menyanyi di pelbagai acara keraian saya akan bernyanyi secara serius dan harus pandai dalam pelbagai genre termasuk Bahasa Inggeris walaupun saya tak berapa pandai.

“Saya orang yang suka berfikir. Apabila menerima komen-komen negatif, saya jadi kurang keyakinan diri.

“Kenapa mereka komen seolah-olah mereka itu Tuhan dalam hidup saya? Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang atur.

“Mereka banyak bercakap mengenai peribadi dan keluarga saya. Tetapi apabila kita terjun ke dalam dunia seni kita harus kuat. Kalau kita tak kuat, habislah.

“Sekarang saya sedang belajar supaya tidak peduli dengan komen-komen negatif tersebut. Sebagus mana pun kita, pasti kita akan kelihatan salah di mata mereka yang tidak suka” kata Upiak kepada Murai.my

Dua Bulan Tidak Hubungi Keluarga 

Via Azrul Rafie – Astro

Dek kerana itu, Upiak berkata dia mengambil pendekatan untuk mengasingkan diri buat seketika daripada keluarga kerana enggan merisaukan mereka.

“Sudah masuk dua bulan saya tidak menghubungi keluarga kerana saya nak cari ketenangan. Saya memang macam itu,kalau banyak berfikir saya akan buat lagu dan asingkan diri. Tetapi saya tahu keluarga sentiasa menyokong saya dalam apa yang saya ceburi. Kalau saya tak hubungi ibu, saya akan hubungi adik dan kirimkan wang kepada mereka” katany lagi

Dalam perkembangan berkaitan, ketika ditanya faktor utama bersetuju untuk sertai Gegar Vaganza 8 (GV8), dedah Upiak dia begitu cintakan Malaysia dan berterima kasih kepada peminat-peminat disini yang sering kali memberi sokongan dalam karier seninya.

“Saya sangat mencintai Malaysia. Saya berterima kasih kepada peminat-peminat di sini kerana menyayangi dan sudi menerima saya dengan baik. Saya tahu mengenai GV masa 2018 sebab masa itu saya pernah buat persembahan disini. Saya tahu GV adalah pertandingan yang besar dan saya terkejut apabila menerima tawaran untuk sertainya.

Saya niat untuk cari pengalaman dahulu dan ini adalah luar biasa, rezeki daripada Allah SWT” kata Upiak yang meminati Allahyarham Saleem Iklim

Sekadar info, Upiak merupakan salah seorang daripada 13 peserta GV8 dan juga wakil tunggal daripada Indonesia. Sehingga kini, video muzik Tak Tuang telah mendapat 38 juta tontonan sejak dimuatnaik di laman YouTube pada tahun 2017.

upiak isil
https://lomp.at/6zno1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

by Naddy Joe
October 1, 2025

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
Gossip

KRU Beri ‘Hint’ Juliana Banos Akan ‘Perform’ Di Konsert GenKRU Finale?

Kumpulan muzik pop dan hip hop terkenal, KRU mencetuskan rasa teruja netizen apabila memuatnaik satu foto di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen, Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore