Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Saya Tahu Saya Salah” – Upiak Isil Dedah Sebab Tidak Lagi Berhijab

Upiak terlebih dahulu memohon maaf kepada orang ramai mengenai penampilannya.

by Khai Azfar
November 30, 2021
Share on Facebook

Di sebalik kemunculan penyanyi Indonesia, Upiak Isil sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) ramai yang tertanya mengenai imej sebenar pelantun Tak Tun Tuang ini.

Upiak Mohon Maaf 

Ini kerana Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda pernah mencuri perhatian dengan tampil imej berhijab sekitar Jun lalu.Menjawab persoalan tersebut, Upiak terlebih dahulu memohon maaf kepada orang ramai mengenai penampilannya.

Akui Upiak, sebelum ini dia sudah berhijab namun selepas memikirkan penampilannya itu seperti tidak sesuai dengan lagu-lagunya, Upiak membuat keputusan untuk tidak lagi memakainya. Selain itu, dia juga ingin menghormati imej wanita berhijab yang lebih ayu dan sopan.

“Saya ingin minta maaf kerana bagi saya dan bukan bercakap pasal orang lain, saya rasa kalau saya melawak dengan imej sebegini tapi bertudung seolah-olah merendahkan nilai dan imej bertudung. Itu perasaan saya. Sebagai contoh saya buat lagu ubat ketiak tapi pakai tudung, buat aksi guling tepi jalan untuk buat orang ketawa tetapi bertudung seperti kelihatan tidak manis.

Jadi saya buat untuk keputusan untuk kembali seperti dahulu. Kalau saya berpakaian seperti dalam GV ini, ianya tidak sesuai untuk wanita yang bertudung seharusnya harus menutupi bahagian tertentu dan yang ketat” jelas Upiak

Upiak Enggan Layan Kecaman Netizen 

Tidak lari daripada kecaman netizen, Upiak berkata tidak perlu jelaskan kepada mereka mengenai keputusannya itu  dan menyerahkan perihal hukum agama kepada Allah SWT.

“Ada tapi biarkan Allah yang menilai saya. Saya tidak akan jelaskan terperinci seperti ini kepada mereka sebab saya tahu saya salah kenapa saya berhijab dan kemudiannya buka kembali, kalau belum bersedia kenapa pakai? Saya tahu saya salah” kata Upiak lagi

Dalam pada itu, Upiak turut menegaskan penampilan berhijab nya sebelum ini adalah kerana bekas suaminya. Malah, penyanyi bersuara lunak ini juga akan mengenakan tudung sekiranya pulang ke kampung bagi menghormati masyarakat sekeliling.

“Tidak, saya bukan berhijab kerana dia. Selalunya kalau pulang ke kampung saya akan pakai tudung sebab saya tak nak orang kampung tengok imej saya seperti ini” kongsinya

foto via Astro/Azrul Rafie

Upiak ditemui Murai.my di konsert minggu kedua GV8 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada malam Ahad (27 Disember 2021). Dalam konsert itu, Upiak berada di kedudukan kelima dengan perolehan markah sebanyak 69.60%.

upiak isil
https://lomp.at/hcqvf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara