Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Uqasha Masih Isteri Sah Saya” – Kamal Adli Beri Amaran Keras Kepada Individu Didakwa Cuba Mendekati Isterinya

by Puteri Alia
November 19, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Kamal Adli tampil dengan nada tegas apabila mengingatkan mana-mana individu yang cuba mendekati isterinya, Uqasha Senrose, bahawa status mereka sebagai suami isteri yang sah masih kekal. Menurut Kamal, teguran itu bukan ditujukan kepada keluarga isterinya, namun kepada pihak luar yang dilihat seolah-olah cuba mencampuri urusan rumah tangga mereka pada saat hubungan mereka sedang melalui detik genting. Baginya, hal rumah tangga bukan ruang untuk sesiapa masuk sesuka hati, apatah lagi apabila membabitkan batas hukum dan adab.

Kamal, atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menegaskan sebagai suami, beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga maruah perkahwinan. Katanya, ramai yang keliru seolah-olah tegurannya ditujukan kepada pihak keluarga, sedangkan niatnya adalah untuk menegah individu tidak berkaitan daripada mendekati isterinya atas alasan apa sekalipun.

Foto – @kamaladli (IG)

“Ingat ya, Uqasha masih isteri orang yang sah, saya masih suami yang sah. Wujud lagi ini,” katanya, mengulang peringatan agar sesiapa yang cuba rapat dengan isterinya memahami kedudukan mereka dari sudut hukum.

Dalam masa sama, Kamal menegaskan bahawa apa jua konflik yang berlaku antara mereka akan diselesaikan mengikut prosedur undang-undang tanpa melibatkan pihak luar yang tidak sepatutnya. Beliau menolak cara ‘short cut’ atau mendapatkan nasihat daripada individu tidak bertauliah. Baginya, Malaysia menyediakan saluran yang sah melalui peguam, pendamai dan kaunselor, justeru tidak perlu mencurah aib keluarga kepada orang ketiga.

Walaupun kenyataannya disalah tafsir oleh sesetengah pihak sebagai bayangan bahawa wujudnya orang ketiga, Kamal menafikan dakwaan tersebut. Tegasnya, tiada isu orang ketiga dalam rumah tangga mereka dan teguran itu hanya sebagai peringatan asas tentang adab serta batasan.

[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap 'Sporting' Kamal Adli Tuai Pujian

Di pihak lain, Uqasha menolak sepenuhnya dakwaan wujud pengaruh luar. Katanya, sesiapa yang mengikuti kehidupannya tahu beliau sentiasa bersama keluarga dan anak, bukan dengan mana-mana individu luar seperti yang difahami sesetengah pihak. Malah, Uqasha turut mempersoalkan bagaimana tuduhan itu timbul sedangkan beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga sendiri.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan kedua-dua pihak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk sesi perbincangan sebelum prosiding disambung pada 18 Disember depan. Uqasha sebelum ini memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, dengan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik itu kini berkongsi seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang berusia 18 bulan.

kamal adli
https://lomp.at/igzpa
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Spotlight

Panggil Lagu Raya Sekarang Macam ‘Gampang’, Altimet Balas Ridhuan Tee

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ni, isu lagu raya moden kembali panas apabila Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan lagu raya zaman sekarang sangat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara