Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Usahawan Tempatan Ini Teruja Bersua Tun M Di Kilang & Sempat Kongsi Kata-kata Semangat

by Phic ARMAN
February 7, 2023
Share on Facebook

Kisah kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) baru-baru ini ke kilang PS Poly Pack Sdn Bhd dan PS Food & Beverage Sdn Bhd diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarga di Klang, Selangor mencuri perhatian ramai dan tular baru-baru ini.

Tun M antara lain memuji usaha dan kesungguhan pemilik empayar perniagaan berkenaan hinggakan pujian dan perkongsiannya dikongsi ramai serta diungkap semula.

Tun M bangga dengan pencapaian kilang dikemudi anak bumiputera ini

Bahkan beliau begitu kagum dengan inisiatif dan gerak kerja dilakukan operasi kilang diusahakan sejak 2010 itu hingga tidak sedar hampir tiga jam masa berlalu saat kunjungan dilakukan.

Untuk rekod, PS Poly Pack Sdn Bhd menjadi syarikat yang berada di belakang tabir mengubah landskap pek pembungkusan cecair dari botol kepada pek pembungkusan fleksibel, atau lebih dikenali dulu dengan pek isian semula atau ‘refill’.

“Kilang ini mengeluarkan ‘flexible packaging dan polyethylene film/bag’. Banyak mesin canggih digunakan dalam inovasi pembungkusan di kilang ini.

“Antaranya, Rotogravure Printing Machine, Printing Inspection Machine, Blow Film Machine, Bag Making, Slitting, Cutting, Dry Lamination Machine dan lain-lain,” kata Tun M.

Tun M menambah, kaedah pembungkusan di zaman sekarang semakin ke hadapan.

Tun M bergambar kenangan dengan tunjang dan tenaga kerja PS Food & Beverage Sdn Bhd

“Dahulunya kita banyak guna botol, umpamanya barangan berair atau minyak, peluntur, susu, jus, kopi, buah kering semuanya dibotolkan.

“Ini tidak berkesan dari segi ruang dan berat kerana botol itu sahaja punyai jisim tersendiri. Lagi banyak botol, lebih banyak kotak diguna kerana fizikal botol itu sendiri telah memenuhi ruang.

“Tetapi dengan adanya kaedah pembungkusan yang moden dan fleksibel ini, ia menjimatkan ruang, selamat dan jimat kos,” katanya lagi.

Tun M turut menjelaskan, kilang berkenaan bukan sekadar membuat bungkusan kepada syarikat multinasional untuk lebih kurang 80% jenama global barangan harian dalam pasaran yang terbukti digunakan oleh jutaan pengguna Malaysia.

“Mereka turut menjadi perunding kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (SME) dalam pembungkusan produk, umpamanya jika anda pengusaha sambal dan tidak tahu jenis bungkusan yang sesuai.

“Kilang ini membantu cadang jenis pembungkus yang sesuai. Ini salah satu perkhidmatan baik buat pengusaha SME,” katanya.

Tambahnya, satu lagi inovasi yang ditunjukkan ialah makanan jenis Meal Ready-to-Eat (MRE).

“Ini biasanya digunakan oleh pasukan polis atau tentera semasa operasi atau pengembara. Selalunya makanan siap masak di dalam bungkusan ini perlu dipanaskan semula mengguna gelombang mikro, oven atau dapur gas.

“Tetapi ada cara baru yang lebih mudah. Mereka perkenal teknik dengan guna bahan ‘carbide’. Makanan siap masak dibungkus dalam ‘pouches’ boleh dipanaskan dengan hanya menuangkan air ke atas sebungkus ‘carbide’ tadi.

“Air tadi panas menggelegak memanaskan ‘pouches’ makanan siap masak tadi. Tidak perlu guna pemanas elektronik. Ini memudahkan pengguna,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Air Khasiat No 1 Malaysia (@origina_hq)

Dalam pada itu, Tun M menyebut sebenarnya begitu banyak bidang yang boleh diteroka terutama industri pembungkusan ini.

“Kita hanya perlu kuasai cara mengguna mesin, komputer, aplikasi moden dan perisian. Jika kita berjaya kuasai bidang ini, pendapatannya begitu lumayan.

“Saya ucap tahniah kepada Ir. Mohd Zain atas keberanian dan kejayaan menguasai industri sedemikian. Saya harap semangat beliau dijadikan contoh pengusaha lain. Semoga syarikat ini terus maju dan membesar di masa hadapan. Selamat Maju Jaya,” katanya.

Sementara itu, Fatin Diana yang merupakan Pengasas Origina juga begitu terharu dengan kata kata dan suntikan semangat diberikan Tun M.

Tenaga penting PS Food & Beverage Sdn Bhd bergambar kenangan dengan Tun M

“Saya membesar dengan melihat ketokohan dan kepimpinannya selama ini. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.

“Tentunya momen indah bersua muka atas kunjungan hormat itu satu detik berharga yang saya takkan lupa sampai bila-bila,” kata Fatin Diana.

Pengasas produk minuman Origina dan BioWonders itu turut teruja memaklumkan perkembangan terbaharu legasi perniagaannya.

Origina menjadi penaja Minuman Jus & Susu untuk bola sepak bagi TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023

“Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baharu TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober lalu.

“Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia. Minuman Origina dihasilkan untuk menghilangkan dahaga, dan memberi manfaat berganda sesuai untuk kanak-kanak hingga ke dewasa.

“Ia mudah didapati di kedai berangkaian seperti 7-Eleven, Mesra Petronas, Petron, 99 Speedmart, Mr. D.I.Y., Watsons, AEON Big, Village Grocer, Mydin dan lain-lain.

Fatin turut memberitahu jenama minuman diusahakannnya juga diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pek Express Meals untuk seluruh anggota polis di serata Malaysia yang bertugas semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu.

Turut hadir pada majlis bermakna itu tenaga kerja syarikat berkenaan iaitu Mohd Aliff Mohd Zain (Pengarah PS Poly Pack), Adilah Shuib (Pengurus Besar), Dr Siti Fatimah Zaharah Zulkapli (Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah PS Medipack Sdn Bhd) dan Wan Syakirah Mohd Rasdi (Ketua Pegawai Komersial).

[VIDEO] Telatah Spontan Tun Mahathir Lambai Tangan Buat Netizen Cair- "Comel..."
Tun M
https://lomp.at/hgcv4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara