Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Usahawan Tudung Norjuma Didakwa Di Mahkamah Setelah Menampar Pipi Dan Mencakar 3 Individu

by Puteri Alia
April 25, 2024
Share on Facebook

Usahawan tudung yang terkenal, Norjuma Habib Mohamed, hari ini menghadapi empat Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan yang melibatkan pencerobohan dan kecederaan yang didakwakan berlaku tujuh tahun lalu.

Meskipun dihadapkan dengan pertuduhan tersebut, Norjuma, yang kini berusia 44 tahun, mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd. Aziz, Fatin Dayana Jalil, dan Noor Elynna Hanim Abd Halim.

Menurut pertuduhan, antara kejadian yang disabitkan ke atas Norjuma termasuk mencederakan tiga individu secara sengaja dan melakukan khianat.

Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram, dengan menendangnya di bahagian betis kiri di sebuah pusat tuisyen di Brickfields pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.

Beliau juga didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd Afiq Ismail, di sebuah premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Norjuma turut dituduh menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Semua pertuduhan mendatangkan cedera dikenakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Norjuma juga didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium di Taman U-Thant pada jam 7.44 malam, 28 Julai 2023.

Pertuduhan ini dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan, dan Vivian Yeap Jie Xi, manakala Norjuma diwakili oleh peguam Izzat Amir.

Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Meskipun terlibat dalam proses undang-undang, ia menjadi pengajaran bahawa tiada siapa dikecualikan daripada tindakan undang-undang di negara ini.

datin norjumadatin norjuma tampar pekerjanorjumaNorjuma disaman
https://lomp.at/rn6mb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara