Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ustazah Asma Tegur Penampilan Seksi DOLLA Dalam MV ‘Question-“Makin Memalukan..”

by Naddy Joe
November 14, 2025
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran terhadap penampilan kumpulan DOLLA dalam muzik video terbaharu mereka berjudul Question yang disifatkan semakin memalukan.

Ustazah Asma menerusi hantaran di Instagram dan Facebook, menyatakan bahawa dia pada mulanya menyangka kumpulan ini bakal tampil dengan lebih sopan apabila merilis lagu baharu, namun penampilan mereka dilihat semakin lama semakin parah.

“DOLLA, inikah yang kita banggakan sebagai wajah seni hiburan negara kita ? Dolla – tolonglah berubah 🙏.

Bila ada lagu baru dari kumpulan ini, saya cuba fikir, ‘Mungkin kali ini lebih sopan, mungkin kali ini lebih bermaruah. Jujurnya saya tak pernah ikuti atau tengok, tapi ada sahaja sesiapa berikan link untuk diusahakan sesuatu.

Makin lama makin parah, makin terbuka sana sini, makin ghairah, makin memalukan. Apa yang dipertontonkan bukan lagi satu Seni hiburan, Ia sudah sampai satu tahap pertunjukan dalam laman gelap atau club tapi secara terangan atas nama seni!.”-tegur Ustazah Asma di Instagram

View this post on Instagram

“Memalukan Wanita Islam…”

Mengakui pakaian yang digayakan oleh ahli kumpulan DOLLA disifatkan semakin ketat selain mempersembahkan persembahan yang mengiurkan, Ustazah Asma turut terkejut dengan sikap peminat yang menyokong penampilan dan gaya kumpulan DOLLA yang menormalisasikan budaya yang melanggar batasan agama dan adab.

“Paling menyedihkan, salah seorang anggotanya adalah wanita Islam, dan walau yang bukan islam sekalipun, anda tetap bawa imej Negara Malaysia yang berpegang pada Rukun Negara ke-5 iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Seni apa yang dibina di atas aksi memalukan begini ? Kemajuan apa yang dibina di atas dosa ? Kemodenan apa yang dibina di atas runtuhnya rasa malu?

Bagi saya videonya amat tidak bermoral, memalukan wanita Islam, memalukan negara yang namanya Malaysia, negara Islam. Lebih perit… ada orang yang mempertahankan dengan pujian dan rasa bangga.

Inilah bahaya apabila normalisasi maksiat mula dianggap trend. Apa yang salah dianggap biasa. Apa yang haram dianggap ‘tak apa’. Apa yang menjolok mata dianggap ‘artistic’.”-tulis Ustazah Asma lagi

View this post on Instagram

Apa komen anda?

Sabronzo DOLLA Sah Berkahwin? Warga Threads Akui Terserempak Ketika Lakukan Ujian HIV
DollaUstazah Asma Harun
https://lomp.at/zkayw
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
Spotlight

Perkongsian Syed Saddiq Di Twitter Pada 2017 Curi Perhatian, “YB Dah Lama Aim”

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Beberapa hari ini, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah hangat diperkatakan susulan berita pertunangan mereka yang berlangsung...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara