• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Hebat! LG Meningkatkan Tahap Pembersihan Rumah Dengan LG CORDZERO ALL-IN-ONE TOWER

by Naddy Joe
October 20, 2023
Share on Facebook

LG Electronics Malaysia (LG) dengan bangganya memperkenalkan LG CordZero™ All-in-One Tower™, tambahan terbaharu kepada segmen perkakas rumah jenama tersebut. Vakum tanpa wayar ini membawa tahap pembersihan yang terhebat kepada isi rumah dengan mentakrifkan semula cara penjagaan ruang kediaman.

Direka bentuk khas untuk pemilik rumah, LG CordZero™ All-in-One Tower™ menawarkan penyelesaian penjagaan rumah yang komprehensif yang melangkaui kaedah pembersihan tradisional. Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata bahawa ciptaan vakum tercanggih ini membuktikan komitmen LG terhadap inovasi dan kemudahan.

“Vakum terbaharu kami yang dilengkapi dengan All-in-One Tower™ yang inovatif dapat menyampaikan prestasi pembersihan yang luar biasa untuk rakyat Malaysia, dengan gabungan prestasi, kemudahan dan kebersihan.

Kami yakin bahawa vakum tercanggih keluaran kami ini akan mentakrifkan semula pengalaman pembersihan untuk rakyat Malaysia sambil meningkatkan taraf hidup mereka,” kata Justin Choi.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati persekitaran rumah yang lebih bersih dengan mudah tanpa membuang masa dengan All-in-One Tower™ yang menawarkan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila vakum berada di stesen dok.

Menara ini juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina dalam yang berfungsi hingga 2 jam sebaik sahaja vakum diletakkan di stesen dok untuk menghalang pertumbuhan bakteria dalam beg habuk1. Menara ini merangkumi Sistem Penapisan 3 Langkah, yang diperakui oleh Persatuan Alergi BAF British, yang menangkap habuk halus secara berkesan untuk memastikan udara yang lebih bersih di dalam rumah.

All-in-One Tower™ menyediakan penyimpanan yang cekap ruang untuk vakum dan aksesori, termasuk 2-in-1 Combination Tool, Crevice Tool, dan Mop Nozzle2. Selain itu, menara inovatif ini turut dilengkapi dengan DUAL PowerPack™, bateri yang boleh ditukar ganti dan boleh dicas semula untuk sesi pembersihan hingga 120 minit tanpa gangguan dan tanpa perlu menunggu untuk pengecasan semula.

Dikuasakan oleh teknologi Smart Inverter Motor™ and Axial Turbo Cyclone™ LG, vakum terbaharu ini mempunyai daya sedutan yang kuat dan berterusan. Fungsi pintarnya memisahkan habuk dan kotoran daripada pelbagai jenis lantai dengan berkesan, menjana aliran udara yang kuat di dalam motor yang berputar dengan pantas tanpa geseran, menjaminkan daya ketahanan yang luar biasa.

Sistem Penapisan 5 Langkah vakum ini dapat memisahkan kotoran dalam tong habuk dan menapis 99.999% baki habuk dan kotoran. Dengan teknologi LG Kompressor™, tong habuk tidak perlu dikosongkan dengan kerap kerana inovasi ini dapat memampatkan habuk terkumpul hingga 2.4 kali.

“Kami berdedikasi untuk memastikan pelanggan setia kami di Malaysia dapat menikmati kemudahan harian bukan sahaja melalui perkakas rumah kami yang inovatif tetapi juga dengan aplikasi ThinQ™ LG. Sama seperti barisan perkakas kami yang lain, vakum kami yang baharu ini juga dikuasakan oleh aplikasi rumah pintar ThinQ™ yang membolehkan pengguna mengakses panduan pembersihan penapis, memantau sejarah dan pengurusan pembersihan serta menjalankan diagnosis pintar.

Kami percaya bahawa penyelesaian penjagaan rumah kami akan membolehkan pelanggan menyambut era baharu kehidupan di rumah dengan mengubah ruang kediaman mereka menjadi tempat yang bersih dan selesa,” kata Justin.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Untuk maklumat lanjut tentang LG CORDZERO™ ALL-IN-ONE TOWER, sila layari laman web rasmi LG atau ikuti Halaman Facebook Rasmi LG untuk maklumat terkini, berita, dan promosi.

LG CordZero All-in-One Tower
https://lomp.at/qemi9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Teknologi

MyDigital ID Mungkin Jadi Cara, Anak Bawah 16 Tahun Tak Boleh Daftar Media Sosial

by Phic ARMAN
November 25, 2025

Kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menggunakan MyDigital ID bagi menyemak umur pengguna media sosial. Langkah ini bertujuan memastikan pengguna bawah...

Read more
Teknologi

Jom Upgrade Rumah Anda Dengan Balloon Dog Speaker & Lamp by Lexon x Jeff Koons

Koleksi Lexon x Jeff Koons Balloon Dog kini hadir di Malaysia, menggabungkan sentuhan seni kontemporari dengan inovasi moden. Dibawakan secara...

Read more
by Aphit J.
November 15, 2025
LifeXplore

Galaxy Z TriFold Diperkenalkan: Ini 5 Fakta Menarik Yang Anda Kena Tahu Dulu

Bayangkan anda buka telefon, tapi bukan sekali lipat macam Fold biasa, kali ini tiga kali lipat! Ya, Samsung baru sahaja...

Read more
by Phic ARMAN
December 2, 2025
Bisnes

Agartana Orchard: Siapa Sangka Pokok Gaharu Boleh Jadi Pintu Harapan & Rezeki

Ramai orang kenal gaharu sebagai kayu wangi mahal, selalu ada dalam minyak atar, lilin atau wangian eksklusif. Tapi sebenarnya, pokok...

Read more
by Phic ARMAN
November 11, 2025
Teknologi

Uji Kamera HONOR Magic 8 Pro: Dari Merdeka 118 Sampai KLCC, Zoom 10X Tetap Tajam

Siapa yang follow MURAI tahu kita memang suka test kamera phone yang claim “hebat”. Baru-baru ni, MURAI sempat cuba HONOR...

Read more
by Phic ARMAN
November 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore