Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Vanessa Reynauld ‘Menganyam Kayangan’

by Naddy Joe
November 21, 2024
Share on Facebook

Nampaknya rezeki bekas pemenang Anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2022, Vanessa Reynauld terus murah dan meriah. Selepas melahirkan single terbaharunya beberapa bulan yang lalu, penyanyi bersuara emas itu kembali lagi dengan buah tangannya yang terkini.

Kali ini Vanessa diberi penghormatan untuk menyanyikan sebuah lagu berjudul ‘Anyam Kayangan’ yang juga menjadi lagu tema dan runut bunyi asli (OST) sebuah siri fantasi seram terbaharu berjudul ‘Kayangan’ lakonan Zul Ariffin, Elisya Sandha, Hasnul Rahmat dan juga Siti Saleha.  

Lagu bernuansa balada tersebut dicipta khas oleh Bajai & Co dengan lirik nukilan Adrianna Cinta. Ia telah disesuaikan konsepnya dengan siri drama tersebut.

“Oleh kerana drama ini adalah sebuah drama seram, emosi yang dipaparkan dalam lagu ini juga berkaitan dengan tema tersebut. Liriknya ditulis oleh kawan saya sendiri, iaitu Adrianna Cinta yang juga rakan artis saya di Sony Music,” jelas Vanessa membuka bicara.

Mahu Cuba Sesuatu Yang Berbeza

Menurut Vanessa lagu ini merupakan sesuatu yang agak baharu buat dirinya dan ini antara sebab mengapa dirinya teruja dengan tawaran tersebut.

“Sebaik sahaja menerima demo lagu ini dan diberitahu ia adalah lagu tema untuk sebuah drama seram, Vanessa terus bersetuju kerana ini merupakan sesuatu yang baharu buat saya.

Lagipun saya memang ingin mencuba sesuatu yang berbeza dari apa yang sering saya persembahkan sebelum ini.

Lagipun saya rasa saya boleh berikan warna yang berlainan pada karya ini dengan suara dan identiti khas Vanesaa sendiri,” kata Vanessa lagi.

Cabaran Ketika Proses Rakaman

Namun cabaran terbesar buat Vanessa dalam menyiapkan projek ini adalah tahap kesihatannya semasa proses rakaman.

“Sewaktu kali pertama memasuki studio untuk proses rakaman saya berada dalam keadaan tidak sihat. Tika itu saya selsema dan key asal lagu ini memang tinggi. Jadi

saya terpaksa tunggu sekitar seminggu selepas pulih sepenuhnya, kemudian baru dapat merakamkan lagu ini dengan lebih baik,” tambahnya lagi.

YouTube video

Telah dikeluarkan pada 18 October 2024 lalu, ‘Anyam Kayangan’ kini boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Vanessa Reynauld
https://lomp.at/tdg4s
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Foto - @marissadania_ (IG)
Lokal

“Saya Tak Dapat Hak Isteri Yang Sepatutnya, Seadilnya”- Luahan Marissa Dania Undang Kecaman

by Nurul A.
March 31, 2026

Selepas pempengaruh Umisya Mazlan memuat naik hantaran di Threads, meminta orang ramai tidak mengaitkan dirinya dalam isu rumah tangga suaminya,...

Read moreDetails
Foto - @jefrinichol (Threads)
Indonesia

Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen ‘Kelate’ Buat Netizen Terhibur!

by Nurul A.
April 2, 2026

Perkongsian terbaru pelakon Indonesia, Jefri Nichol kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini Jefri dilihat memuat naik beberapa keping gambar bersileut...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara