• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

[VIDEO] 6 Iklan Raya Aidilfitri Yang Menggamit Memori Sepanjang Zaman

by Khai Azfar
June 7, 2018
Share on Facebook

Setiap kali menjelangnya Aidilfitri, boleh dikatakan rakyat Malaysia tidak sabar menanti beberapa perkara. Selain daripada lagu raya yang berkumandang dan warna baju melayu yang akan dipakai oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, iklan raya Aidilfitri juga paling dinanti-nanti.

6 Iklan Raya Yang Menggamit Memori

Sempena dengan Aidilfitri yang akan datang, murai.my rangkumkan kembali antara 6 pilihan iklan yang bagi kami sehingga ke hari ini masih segar di ingatan. Malah ada di antaranya yang baru tahun ini ditayangkan dan tular kerana videonya yang mempunyai mesej yang begitu dekat di hati. Bagi kami koleksi video yang diarahkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad antara yang terbaik sehingga ke hari ini. Al-Fatihah

Al-Kisah Janda Beranak 7 –  2003 (Petronas)

YouTube video

Antara drama pendek atau iklan yang diarahkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang begitu terkesan. Mengisahkan seorang ibu yang mempunyai 7 orang anak sedang sibuk membuat persiapan raya.

Namun begitu, ketika ditanya mengenai daging, anak-anak mereka terlupa untuk membelinya. Bagi tidak menghampakan hasrat ibu mereka, kesemua anak mereka keluar semula mencari daging lembu yang dipinta namun gagal. Sehinggalah timbul satu idea, mereka membeli seekor lembu daripada seorang penjual.

Ikan Di Laut Asam Di Darat – 2005 (TV3)

YouTube video

Ikan di laut asam di darat..dalam periuk bikin muafakat.. Masih ingat dengan iklan ini? Iklan Deepa Raya TV3 yang sangat menyentuh perasaan kisah pertemuan semula dua sahabat iatu Raju dan Suparjo yang berkawan baik sejak kecil tanpa mengira kaum dan agama. Kebetulan pada tahun ini perayaan disambut dengan begitu meriah di mana Deepavali jatuh pada 1 November dan Aidilfitri keesokan harinya.

Burung Murai – 2007 (Petronas)

YouTube video

Mengisahkan pengorbanan seorang bapa demi anaknya. Pelbagai kerenah dituruti demi membesarkan anak tunggalnya itu. Namun bila sudah besar, seorang bapa mengimbau kembali kenangan anaknya itu sudah besar namun anaknya itu seperti tidak memahami mesej bapanya itu. Satu video yang bagi kami cukup mendalam maknanya.

Kisah Fizi Dan Ahmad – 2012 (BERNAS)

YouTube video

Sebelum menonton filem ini, nasihat kami sediakan tisu kerana dalam kebanyakan iklan yang ditayangkan ini adalah iklan raya yang paling menyentuh hati. Mengisahkan mengenai persahabatan dua orang sahabat yatim piatu yang ingin menyambut Aidilfitri. Fizi seorang kanak-kanak lelaki yang kehilangan upaya untuk melihat dan Ahmad pula tidak dapat bercakap.

Ketika semua rakan-rakan pulang ke kampung, kedua-dua mereka mencari jalan untuk pulang menziarah ibu Ahmad di kampung dimana pengakhirannya penonton dapat mengetahui bahawa ibu Ahmad sudah lama meninggal dunia.

Adik –  2014 (TM)

https://youtu.be/NJM7yqpMF8M

Geram juga kami apabila menonton video ini! Iklan TV yang berjudul “ADIK” ini mengisarkan seorang kanak-kanak yang lasak dan gemar menerokai aktiviti kehidupan di kampung.

Adik adalah seorang yang berimiginasi tinggi selalu dan menguji kesabaran ayah dan ibunya. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorak serta menunjukkan teladan yang baik.

Meminta dan memberi kemaafan adalah amalan seharian yang mulia. Akan tetapi kemaafan yang dipohon semasa Aidilfitri merupakan amalan yang dituntut oleh setiap keluarga.

Rumah Epik Fantastik –  2018 (TNB)

YouTube video

Kini trending di media sosial! Mengisahkan mengenai keriuhan raya di sebuah kampung yang dipenuhi sepuluh keluarga pulang beraya menyebabkan seorang cucunya mengalami tekanan menghadapi pelbagai ragam. Antara kisah benar yang terjadi ketika raya. Setuju?

iklan rayaiklan raya 2018iklan raya fiziiklan raya janda anak 7iklan raya petronasiklan raya sedih
https://lomp.at/4qr4m
Share3Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!

by Aisy
December 11, 2025

Sosialbuzz kalini kita kupas dunia motorsport tempatan yang digemparkan dengan satu kejutan besar apabila sebuah Nissan Skyline R34, yang sebelum...

Read more
HotList

[VIDEO] 6 Iklan Raya Aidilfitri Yang Menggamit Memori Sepanjang Zaman

Read more
by Khai Azfar
June 7, 2018
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore