• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] ALFARO Agihkan Sumbangan Kepada 1,000 Anak Yatim. Fasha Sandha Sebak, Kongsi Kisah Silam

by Phic ARMAN
March 20, 2024
Share on Facebook

Kehidupan seorang ibu tunggal sering kali menjadi sebuah perjuangan yang penuh cabaran. Ini adalah kisah yang tidak asing bagi ramai wanita di seluruh dunia, termasuk di kalangan selebriti. Salah satu pelakon terkenal Malaysia, Fasha Sandha, dengan jujur ​​mengakui kesusahan yang dialaminya sebagai seorang ibu tunggal. Dalam sebuah wawancara eksklusif, Fasha berkongsi pengalamannya, membawa inspirasi dan kesedaran mengenai realiti kehidupan sebagai seorang wanita yang mempunyai tanggungjawab yang besar.

Saksikan video di bawah,

@muraimalaysia

“Memang Struggle Jadi Seorang Anak Ibu Tunggal”- Fasha Sandha #muraimalaysia #fyp #fypシ #fashasandhamenangis

♬ original sound – GengMulutMurai – GengMulutMurai

Pengakuan Fasha Sandha terbuka akan kesusahan ini bukanlah sekadar penceritaan mengenai perjuangan peribadinya, tetapi juga memberikan inspirasi kepada wanita-wanita lain yang mungkin berada dalam situasi serupa. Dia memperlihatkan kepada kita bahawa walaupun kehidupan sering kali tidak adil, kita boleh bangkit di atas cabaran dan mencapai impian kita.

Fasha ditemui ketika bersama dengan jenama tekstil terkemuka ALFARO menyumbang kira-kita 1000 pasang pakaian kepada 1000 anak-anak yatim semalam.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Pengasasnya, Mr. Farooq Ahmed berkata, nilai sumbangan itu mencecah kira-kira RM150 ribu.

“Setiap tahun kami akan membuat sumbangan buat anak-anak yatim dari seluruh Lembah Klang bagi menggembirakan mereka yang pastinya rasa sayu tanpa keluarga di sisi pada bulan yang mulia ini.

“Setakat ini 1000 pasang pakaian diberikan kepada mereka dan nilai sumbangan mencecah RM150ribu,” katanya.

Dalam pada itu ALFARO menyasarkan jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini.

Sementara itu, dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, AL FARO terus melangkah kehadapan dengan mengumumkan pembukaan cawangan baru AL FARO Exclusive di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AL FARO, Farooq Ahmed Khan, langkah perluasan ini merupakan strategi AL FARO dalam memperluaskan perniagaan yang dibina sejak tahun 2007 dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan yang menyediakan barangan harga mampu milik.

“Kami amat gembira dengan pembukaan cawangan baharu ini kerana secara tidak langsung ia memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara dekat dengan pelanggan di pelbagai lokasi.

“Dan seperti semua tahu, komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award. Ia adalah kejayaan kedua AL FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.

Sementara itu, Farooq berkata, kebanyakan peniaga turut terpalit dengan situasi kenaikan kos sara hidup di Malaysia namun, strategi demi strategi terus dihasilkan agar jualan terus meningkat dapan masa sama ia tidak membebankan pelanggan.

Malah Farooq yakin dengan perluasan rangkaian outlet baru di Bandar Baru Bangi, hasil pendapatan AL FARO berpotensi melebihi RM30 juta pada tahun penghujung tahun ini.

“Sasaran RM30 juta bukan impian kosong semata-mata tetapi penuh dengan strategi yang dibuat mengikut keadaan semasa.

“Saya yakin dengan melihatkan usahasama kerajaan yang mengambil langkah proaktif menyelesaikan kemerosotan ekonomi semasa. Apa-apapun kami tetap komited memberi sumbangan positif kepada pasaran Malaysia dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Duta AL FARO iaitu aktres Fasha Sandha menyifatkan, pembukaan sebuah lagi cawangan baru menunjukkan AL FARO berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta, dia akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi AL FARO.

Malah, bersempena dengan musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, ia memberi peluang kepada pihak ALFARO terus menaikkan jualan.

“Alhamdulillah, saya gembira melihat beberapa rangkaian baharu AL FARO dan baru-baru ini di Johor Bahru, Shah Alam dan Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,” katanya.

Ditanya pula mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.

“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen. Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.

“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fasha, dia sudah pun membuat persiapan baju raya AL FARO bagi sambutan Aidilfitri untuk dirinya dan keluarga.

“AL FARO selalu tampil dengan rekaan baju berkualiti dan mengikut trend. Tambah pula ia sangat nyaman dipakai.

“Apa lagi… saya pun ambil peluang ini untuk buat persiapan awal Raya tahun depan dengan menyediakan baju-baju Raya buat keluarga. Selesai satu tugasan saya. Maklumlah, penggambaran pun tanpa henti, jadi saya risau terlepas pandang untuk persiapan baju Raya,” tuturnya.

Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my.

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! - "Bukan Budaya Saya Nak Unfollow"
fasha sandha
https://lomp.at/psxil
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Zizie Izette Mula Terima Hakikat Pemergian Suami-“Saya Pendam Kesedihan Dalam Diam..”

by Naddy Joe
December 12, 2025

Pelakon, Zizie Izette membuat perkongsian luahan hatinya setelah genap seminggu pemergian suami, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menghembuskan...

Read more
Lokal

Comel! Gelagat Ammar Ahyan Dikejar Raja Azura & Shiha Zikir, Netizen Terhibur

Ammar Ahyan, anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, kembali mencuri perhatian netizen apabila gelagat spontannya di atas pentas...

Read more
by Farah Fatihah
December 17, 2025
Lokal

Azah Aziz Kongsi Momen Terserempak Dengan Anna Jobling, Lain Pula Yang Netizen Perasan?

Pelakon dan model terkenal era 1990-an, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa keping foto di media sosial. Azah...

Read more
by Naddy Joe
November 27, 2025
Foto - @ritrud727 (IG)
Lokal

Didakwa Tabur Fitnah ‘Berat’, Rita Rudaini Disaman YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar

Tak ada angin tak ada ribut, dua tokoh akademik iaitu Yang Dipertua (YDP) MUAFAKAT Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai...

Read more
by Nurul A.
December 9, 2025
Foto - @theshaderoom (IG)
Hollywood

Pisau Di Leher Semasa Tidur, P Diddy Hampir Maut Di Penjara

Bekas rapper dan penerbit rekod Amerika, Sean “Diddy” Combs (atau lebih dikenali sebagai P Diddy) dilaporkan hampir meninggal dunia di...

Read more
by Nurul A.
November 7, 2025
Korea

PM Anwar Kongsi Persembahan G-Dragon, Peminat Mohon Konsert 3 Hari Berturut-Turut!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian warganet apabila berkongsi klip 36 saat persembahan G-Dragon pada makan malam Pemimpin-Pemimpin...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Che Ta Bebel Aaisyah Pakai Heels Dalam Rumah-“Kalau Pak Hang Tengok Mengamuk”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel kepada Aaisyah kerana memakai kasut tumit tinggi di dalam...

Read more
by Noah Ab
November 21, 2025
Foto - @britneyspears (IG)
Hollywood

Bekas Suami Dedah Kelakuan Pelik Britney Spears- “Setiap Malam Dia Tengok Anak Tidur Sambil Pegang Pisau”

Dalam memoir baharu Kevin Federline, 'You Thought You Knew', telah membincangkan perebutan hak penjagaan ke atas anak lelaki pasangan itu...

Read more
by Nurul A.
October 24, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

Tahun ini, peminat Shah Rukh Khan sudah semestinya merindui dan menantikan salah satu tradisi yang dinanti-nantikan dalam Bollywood iaitu pesta...

Read more
by Nurul A.
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Orang Gaji Sharifah Sakinah Dirasuk Makhluk Halus, Lain Pula Reaksi Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Sharifah Sakinah yang berkongsikan cerita bahawa orang gaji miliknya dirasuki makhluk halus selama...

Read more
by Noah Ab
October 8, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore