Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah ‘Ali Baba & 40 Penyamun’ untuk mempromosikan jenama barangan kemas, Siti Jewels di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Acara ini diinspirasikan daripada karya agung seniman legenda P. Ramlee menerusi filem ikonik Ali Baba Bujang Lapok, lalu diolah semula dengan sentuhan moden dan penuh kemewahan.

Dengan konsep perarakan dramatik ala kisah “Ali Baba dan 40 Penyamun”, Datuk Seri Aliff Syukri akan diiringi barisan wanita anggun, pasukan keselamatan serta delegasi khas Siti Jewels dalam sebuah konvoi bergaya yang bakal mencuri perhatian warga kota.

View this post on Instagram

Perarakan tersebut turut diserikan dengan persembahan spontan daripada artis jemputan dan pempengaruh media sosial di beberapa lokasi terpilih sekitar ibu negara.

“Jangan Kedekut Dengan Isteri..”

Dalam pada itu, Aliff sempat menitipkan pesanan buat kaum Adam untuk sentiasa mewahkan para isteri untuk mendapat limpahan rezeki Allah SWT.

“Jangan kedekut dengan isteri, saya percaya bila kita mewahkan isteri kita, rezeki kita akan lebih murah.”-kata Aliff Syukri kepada Murai MY

Selain memberi peluang kepada media mendekati duta jenama secara santai, tour ini juga membuka ruang interaksi eksklusif bersama pelanggan setia dan komuniti pencinta emas.

Pembukaan cawangan Bangi menandakan fasa perkembangan penting bagi Siti Jewels dalam usaha memperluaskan empayar perniagaan emas tempatan ke tahap lebih tinggi.

Dengan gabungan elemen hiburan, budaya klasik dan kemewahan kontemporari, “Alif Syukri dan 40 Pencinta Emas” dijangka menjadi antara acara promosi paling unik pernah dianjurkan oleh jenama emas di Malaysia.

[VIDEO] "Kau Nak Pergi Mana Tu, Aku Rotan Kau!" - Video Lama Aliff Syukri Didik Anak Curi Perhatian
aliff syukri
https://lomp.at/cnl9k
Share17Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Spotlight

Syed Iqbal Komen Bahasa Arab Nyanyian Aina Abdul, – “Aku Teliti Lagu Raya Dia…”

by Phic ARMAN
March 21, 2026

Dalam dunia muzik, bukan semua penyanyi berani keluar dari zon selesa. Tapi lain ceritanya dengan Aina Abdul yang sekali lagi...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara