Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

by Phic ARMAN
December 9, 2025
1.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok @onnhafiz baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila memaparkan detik penuh emosi di Majlis Penghargaan Sedekad Prihatin Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF). Majlis ini dianjurkan bersempena perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, yang berangkat mencemar duli ke acara bersejarah ini.

Turut mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda ialah YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.

@onnhafiz

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atas perkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Penghargaan Sedekad Prihatin Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF). Turut mengiringi keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim. Syukur Alhamdulillah, saya dan isteri berkesempatan hadir ke majlis yang meraikan sokongan padu para penyumbang, sukarelawan, rakan strategik serta seluruh warga kerja TLJCF sepanjang sedekad penubuhannya. Majlis ini bukan sekadar acara penghargaan, tetapi manifestasi pengiktirafan kepada semua yang telah bersama menjayakan usaha murni TLJCF. Ia turut menjadi platform untuk menampilkan pencapaian, impak program serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perjuangan melawan kanser. Hasrat Almarhum Tunku Laksamana Johor untuk membantu pesakit kanser mesti diteruskan untuk menjadi kekuatan buat semua. Usaha murni ini kini disambung oleh Kerabat Diraja Johor yang sentiasa dekat dengan rakyat, menziarahi pesakit dan menjadi penyampai semangat kepada mereka yang sedang berjuang. Melalui majlis ini, Kerajaan Negeri berharap hubungan dengan para penyumbang dapat diperkukuhkan, di samping menarik lebih banyak sokongan dan kerjasama baharu agar lebih ramai pesakit menerima harapan dan bantuan. Semoga segala usaha ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #TunkuLaksamanaJohorCancerFoundation #FightLikeJalil

♬ original sound – Onn Hafiz – Onn Hafiz

Dalam video tersebut, jelas kelihatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Che’ Puan Khaleeda, Tunku Tun Aminah, serta beberapa tetamu menitiskan airmata tatkala menyaksikan rakaman Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim. Almarhum dikenang sebagai pejuang kanser yang penuh inspirasi, yang melalui perjalanan hidup penuh cabaran dengan semangat luar biasa.

Selain itu, sebuah lagi video berjudul “Fight Like Me” hasil produksi Royal Press Office (RPO) turut memaparkan kisah individu yang pernah bersama Almarhum, berkongsi pengalaman dan semangat perjuangan beliau. Video ini jelas meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang menontonnya. Tonton di sini,

YouTube video

Majlis ini bukan sekadar acara penghargaan, tetapi juga manifestasi pengiktirafan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha murni TLJCF. Ia menjadi platform untuk menonjolkan pencapaian, impak program, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perjuangan melawan kanser.

Hasrat Almarhum Tunku Laksamana Johor untuk membantu pesakit kanser kini diteruskan oleh Kerabat Diraja Johor, yang sentiasa dekat dengan rakyat, menziarahi pesakit, dan menjadi sumber semangat kepada mereka yang sedang berjuang.

Melalui majlis ini, Kerajaan Negeri berharap hubungan dengan para penyumbang dapat diperkukuhkan, sambil menarik lebih banyak sokongan dan kerjasama baharu agar lebih ramai pesakit menerima harapan dan bantuan.

Raja Zarith Sofiah Dedah TMJ Pernah Tak Mahu Pergi Tadika, Ketagih FIFA & Playstation Sejak Kecil
raja zarith sofiahTunku Abdul Jalil
https://lomp.at/9s6di
Share656Tweet410SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Tips Mudah ‘Check’ Barang MyKasih Supaya Tak Tersangkut Di Kaunter

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Ramai masih keliru bila bercakap tentang bantuan MyKasih. Sebenarnya ia adalah bantuan makanan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam...

Read moreDetails
Sosial Buzz

AirAsia X HYROX: Pengurus Besar & Kru Cabar Diri Tarik Pesawat 44 Tan

by Phic ARMAN
January 23, 2026

Hari itu, MURAI berpeluang menyaksikan satu cabaran luar biasa di ADE Hangar MRO, hangar penyelenggaraan pesawat terbesar di Malaysia, hanya...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Kanak-Kanak JKM Hingga RM1,000 Sebulan, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

by Ayu Kamaruddin
March 11, 2026

Golongan ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak-anak di bawah umur 18 tahun kini boleh mendapatkan bantuan kewangan melalui Bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
February 11, 2026

Menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Popia ‘Big Mac’ RM2.50 Seunit Jadi Bualan, Pembeli Kecewa Inti Cuma Secebis

by Naja Nix
February 26, 2026

Isu makanan bazar sekali lagi mencetuskan perbualan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli popia “Big Mac” berharga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara