Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Bagaikan Mimpi’- Amsyar Leee Tak Sangka Kini Ada Single Sendiri Berjudul ‘Tak Mungkin’

by Phic ARMAN
August 6, 2021
Share on Facebook

Setelah tular di media sosial dengan video yang mempunyai keunikan meniru ton suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nabila Razali dan Elizabeth Tan, kini Muhammad Amir Syafiq Bin Mohd Sadri atau lebih dikenali dengan Amsyar Leee, mengorak langkah dengan melancarkan single pertamanya yang berjudul “TAK MUNGKIN”.

Kalau lihat di media sosial Amsyar, aksinya meniru ton suara penyanyi penyanyi terkenal tersebut membuatkan netizen terhibur dengan telatahnya yang bersahaja. Selain daripada itu, pemuda yang berasal dari Selama Perak ini juga merupakan lepasan Diploma Seni Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana.

Menariknya, melalui lagu ini, Amsyar bekerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh dan lirik pula oleh Ikhwan Fatanna. Lagu yang berentak balada ini mengisahkan tentang seseorang yang baru mengenal apa itu erti cinta.

Manakala untuk sesi rakaman bagi lagu “TAK MUNGKIN” ini pula mengambil masa selama 4 jam sahaja, tetapi sebelum memulakan proses rakaman, Amsyar sempat menghadiri beberapa kelas vokal bersama dengan Cikgu Afif Tirmizie untuk mengenal pasti ton suara sebenar Amsyar.

Untuk pelancaran lagu “TAK MUNGKIN” ini, Amsyar berkata,

“Saya jadikan pengikut saya di media sosial sebagai semangat untuk saya kembangkan bakat yang saya ada melalui lagu saya sendiri.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila dapat peluang untuk melancarkan single pertama ini dan juga dapat menghiburkan pengikut saya di media sosial”.

Selain daripada itu, Amsyar juga turut berharap agar para pendengar dapat menerima bakat luar biasa yang dia ada seperti mempunyai ton suara persis suara wanita di dalam lagu ini.

Semestinya ini adalah satu anugerah istimewa yang ada pada diri Amsyar yang mampu membawa dia muncul di dalam industri muzik tanah air kerana tidak semua orang boleh meniru pelbagai jenis ton suara dalam bentuk nyanyian.

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!
YouTube video

Tambah Amsyar,

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengikut dan peminat saya dari empat tahun yang lalu, dari saya tidak mempunyai pengikut yang ramai sehinggalah ke hari ini, TAK MUNGKIN saya berada di sini jika tiada support daripada anda semua. Terima kasih!”.

Single “TAK MUNGKIN” terbitan Permata Muzik Records dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 6 OGOS 2021.

amsyar leeAmsyar Leeedatuk seri siti nurhalizajaclyn victornabila razali
https://lomp.at/qnf3w
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Brian Kongsi Foto Bersama Nedim, Peminat Titip Doa-“Moga Jodoh Kalian…”

by Naddy Joe
January 2, 2026

Pelakon, Nadia Brian mencuri perhatian netizen di media sosial selepas memuatnaik foto bersama usahawan, Nedim Nazri. Nadia atau nama penuhnya...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi.exclusive (TikTok)
Lokal

“Dia Juga Berhak Diraikan”- Abby Abadi Impi Adakan Majlis Sanding Untuk Marissa

by Nurul A.
December 29, 2025

Aktres dan usahawan, Abby Abadi baru-baru ini mencuri perhatian apabila dia meluahkan harapan dan doa untuk anak perempuannya, Marissa Dania....

Read moreDetails
Foto - @syifahadju (IG) / @ahmaddhaniofficial (IG)
Indonesia

Gara-Gara Kewangan Terjejas, Ahmad Dhani ‘Cancel’ Majlis Sambut Menantu

by Nurul A.
January 19, 2026

Nampaknya tak lama lagi kita dapat melihat majlis perkahwinan mewah anak kedua Ahmad Dhani iaitu El Rumi dan pasangannya, Syifa...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore