Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen mereka menemani anak kedua, Muhammad Iman yang mendapat keputusan cemerlang 8A 1B dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), hari ini.
Aidid menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, turut meluahkan rasa bimbang pada mulanya dengan anak lelakinya itu kerana Iman sebelum ini berada di sekolah tahfiz untuk menghafal Al-Quran selama setahun setengah sebelum kembali ke sekolah harian.
“Alhamdulillah, ni semua kerja Allah. Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal Quran. Semua pun risau, sempat ke nak catch-up balik belajar. Macam-macam ujian Iman tempuh masa Tahfiz & masa sambung sekolah balik.
Tapi dia senyum, diam & layan ja. Anak yang tak banyak cakap, tak banyak menjawab & kadang-kadang pelik bila dia belajar. Daddy & mummy sangat bangga & terkejut. Memang betul, jangan pernah putus doa, minta mak ayah doa, atok nenek doa.
Tahniah juga kepada anak-anak yang lain, kita saling mendoakan semoga semua mereka ni dipermudahkan & dapat belajar di tempat yang terbaik serta berjaya dunia akhirat ❤️❤️.”-kongsi Aidid Marcello di Instagram
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Perkongsian Aidid dibanjiri komen netizen dan rakan selebriti yang meluahkan rasa kagum dengan keputusan cemerlang Iman, malah ramai yang mendoakan anak muda ini akan terus berjaya di dunia dan di akhirat.
“Allah, pandainya. Tahniahh.”-Datuk Seri Aliff Syukri
“Tahniah, saya memang ikut cerita anak-anak Aidid masuk ke tahfiz dan itu juga cita-cita saya untuk anak saya. InsyaAllah.”
“Tahniah Iman, inspirasi buat orang yang dahulunkan Al-Quran, dunia terjaga. Tahniah parent.”
“Tahniah Iman. Uncle tumpang happy. Bagus didikan daddy dan mummy Iman. Dari kecik tengok Iman membesar sekarang dan SPM dah. Congrats jugak Aidid.”
Sekadar info, Aidid Marcello dan Norzie mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2005. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang putera, iaitu Iman, Yusuf, dan Ibrahim serta seorang puteri sulung, Alyea Nai Lina.






