Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Baru Sedar Dari Pembedahan Buang Implan, Abang Diva Ulam Kembali Ke Fitrah Asal

by Arsiqin Yusof
May 19, 2025
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @diva_hairsalon memaparkan dirinya baru sahaja sedar selepas menjalani pembedahan membuang implan payudara. Video tersebut telah meraih perhatian ramai netizen yang rata-rata memberikan sokongan penuh dan mendoakan yang terbaik buat beliau.

@diva_hairsalon

Membalas @IntanFazirah♾️TOT alhamdulillah saya baru sedar dari operation

♬ suara asli – diva hair salon – diva hair salon

Diva yang sebelum ini dikenali dengan gaya feminin dan penampilan yang menyerlah, membuat keputusan besar untuk membuang implan payudara dan kembali kepada fitrah asalnya sebagai seorang lelaki. Walaupun tidak memberikan penjelasan panjang mengenai sebab di sebalik keputusan tersebut, beliau dilihat tenang dan bersyukur selepas pembedahan berjaya dilakukan.

“Terima kasih doakan saya. Maafkan saya selama ni saya buat salah”

Tindakan Diva ini telah mendapat respon yang sangat positif daripada warga maya. Di ruangan komen, ramai netizen memuji keberaniannya untuk berubah dan mengambil langkah yang dianggap sebagai satu penghijrahan besar dalam hidup. Ada juga yang menganggap beliau sebagai inspirasi dan contoh bahawa tidak pernah terlambat untuk berubah dan kembali kepada jalan yang lebih baik.

“Respect bang, semoga terus istiqomah dan dipermudahkan segala urusan,”

“Kami doakan abang kuat dan terus tabah. Perubahan ni bukan senang, tapi sangat bermakna,”

“Alhamdulillah, semoga istiqomah dan dipermudahkan segala urusan”

“Alhamdulillah, tunjuk contoh yang baik depan anak”

“Sebabkan video ni, aku follow kau bang”

“Nak tengok diva punya update lepas ni”

Menariknya, sejak video tersebut tular, bilangan pengikut di akaun TikTok Diva turut meningkat dengan pesat. Ramai yang mula mengikuti perkembangan beliau kerana ingin terus menyokong dan melihat perubahan yang bakal dilaluinya selepas ini.

Langkah Diva ini bukan sahaja menyentuh hati ramai, tetapi turut membuka perbualan tentang soal identiti, kejujuran diri dan keberanian untuk berubah. Dalam dunia yang semakin terbuka, kisah seperti ini menjadi bukti bahawa perubahan ke arah kebaikan sentiasa dialu-alukan dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Murai.my turut mendoakan agar Diva terus diberikan kekuatan dan ketenangan dalam melalui fasa baharu dalam hidupnya. Semoga perkongsian beliau menjadi inspirasi kepada mereka yang sedang berjuang dengan diri sendiri. Setiap insan berhak memilih jalan hidup yang lebih baik demi kebaikan diri dan jiwa.

berubahdivafitrah asallelakipondan
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem