Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

[VIDEO] Beyoncé Main Pool, Hadiahnya Seluar Jeans?

BEYONCÉ & LEVI’S ® Melancarkan The Denim Cowboy

by Phic ARMAN
September 10, 2025
Share on Facebook

Kalau orang lain main pool, paling-paling pun hadiah dapat duit belanja atau piala. Tapi bila Beyoncé turun gelanggang, lain pula ceritanya. Dalam filem pendek terbaru Levi’s® berjudul The Denim Cowboy, Queen Bey menang permainan pool dan hadiahnya bukan benda lain, tapi sehelai seluar jeans 501®. Rare betul!

Yang lebih menarik, jeans tu bukan sembarangan sebab ia milik watak lakonan Timothy Olyphant, pelakon yang popular dengan siri Justified dan Deadwood. Terus Beyoncé sarung dengan penuh gaya, dari Western Crystal ‘90s sampai ke jaket Shrunken Trucker. Memang nampak macam gabungan gaya cowboy moden dengan aura glamor superstar.

Filem berdurasi 90 saat ini bukan sekadar iklan biasa. Ia sebahagian daripada kempen Levi’s® REIIMAGINE, kempen besar-besaran yang dah berjalan selama setahun. Konsepnya? Menukar kembali imej ikonik iklan Levi’s® era 80-an dan 90-an tapi versi lebih segar, penuh pemerkasaan wanita.

Nah, boleh tengok full video di bawah.

YouTube video

Queen Bey, seperti biasa, terus menyarung helaian denim dengan gaya yang tiada tandingan. Dari Western Crystal ‘90s sehinggalah ke Shrunken Trucker, semuanya nampak macam gabungan gaya rodeo dengan glamor festival muzik.

Soundtrack Pun Level Grammy

Untuk tambah lagi kemeriahan, filem ini diiringi dengan lagu “Levi’s Jeans” daripada album Cowboy Carter yang pernah memenangi Grammy. Jadi bukan sahaja mata dijamu dengan visual bergaya, telinga juga dibelai dengan muzik kelas dunia.

Filem ini turut menjadi throwback kepada iklan-iklan klasik Levi’s® era 80-an dan 90-an seperti Launderette, Pool Hall dan Refrigerator, tetapi kali ini diberi sentuhan baharu dengan aura Beyoncé.

Persembahan Pentas Penuh Denim

Kempen ini mencapai kemuncaknya semasa konsert terakhir jelajah Cowboy Carter di Las Vegas. Semua penari Beyoncé tampil dengan denim berkilau daripada koleksi BEYONCÉ X LEVI’S®, menjadikan pentas berkilat seperti lantai kaca.

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

Koleksi Denim Beyoncé X Levi’s®

Bagi peminat fesyen, koleksi ini memang sesuatu yang wajib dilihat. Ia menampilkan butiran berani seperti ikatan tali, batu kristal, sulaman eksklusif dan patch kulit khas BEYONCÉ X LEVI’S®.

Untuk mereka yang sukakan gaya glamor, helaian seperti Western Crystal 501® dengan padanan jaket Shrunken Trucker boleh dijadikan pilihan. Koleksi ini jelas dicipta untuk mereka yang berani membuat penampilan menonjol tetapi masih mengekalkan gaya klasik Levi’s®.

Ramai mungkin sangka koleksi ini datang dengan harga melampau. Tetapi sebenarnya ia ditawarkan pada harga antara RM499 hingga RM699. Berbaloi untuk sebuah koleksi yang bukan sahaja ada cop Levi’s®, tetapi juga sentuhan terus daripada Beyoncé.

Koleksi ini kini boleh didapati di butik Levi’s® terpilih seperti Mid Valley, Pavilion KL, Suria KLCC dan The Exchange TRX, atau terus sahaja beli melalui laman Levi.com.my.

Beyoncé dan Levi’s® sekali lagi membuktikan denim bukan sekadar pakaian, tetapi lambang keyakinan dan gaya hidup. Lepas ini, siapa sahaja yang sarung 501® mungkin akan rasa sedikit aura Queen Bey dalam diri mereka.

beyonceLevi’s
https://lomp.at/larkn
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara