Thursday, August 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

[VIDEO] ‘Brader Cincau’ Trending Selepas Tanya Soalan ‘Padu’ Mengenai SOP Raya

"Pergi ke kedai membeli cincau..."

by Khai Azfar
May 5, 2021
317
KONGSIAN
Share on Facebook

Sidang media khas perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang Selasa telah mencetuskan pelbagai reaksi oleh netizen sehingga trending di laman Twitter.

Wartawan Curi Perhatian

Ketika sesi soal jawab, seorang wartawan mencuri tumpuan ramai dengan bertanya pada Ismail mengenai beberapa isu yang hangat diperkatakan terutama berkaitan individu yang ingin merentas negeri dengan memberi alasan yang tidak munasabah.

Beri Contoh Cincau

Menariknya, ketika itu wartawan tersebut turut memberi beberap contoh gambaran alasan yang tidak munasabah yang diberikan oleh golongan tertentu termasuklah ingin ke Melaka kerana mahu membeli cincau.

“Datuk Seri dah sebut sebentar tadi, rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Tetapi mungkin ada pengecualian pada mana-mana pihak khususnya pada mereka yang terkenal ini untuk merentas negeri? Kerana kita tidak mahu berlaku lagi merentas negeri melibatkan orang-orang kenamaan, orang-orang yang terkenal bagi alasan yang mungkin tidak munasabah. Nak ke Melaka beli cincau misalnya nak ke Penang beli pasembor misalnya” tanya wartawan itu

#BraderCincau Trending

https://twitter.com/ftnbihah/status/1389522519388999683

Gara-gara soalan itu, gelaran ‘#BraderCincau’ yang diberikan oleh netizen buat wartawan itu telah trending di laman Twitter selepas mendapat pujian ramai. Malah, tidak kurang juga ada yang terhibur dengan soalan tersebut kerana mengikut ‘bahasa pasar’ cincau dirujuk orang ramai sebagai ritma pantun yang memerli sesebuah pihak.

“Pergi ke kedai membeli cincau…”

Dalam perkembangan berkaitan, enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.Enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

brader cincauismail sabri
https://lomp.at/yj824
Share127Tweet79SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  3. 3

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    [VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem