Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “Cinta Mati Yang Sebenar” – Bella Astillah & Syed Saddiq Hadir Rai Ulang Tahun Tun Mahathir

by Arsiqin Yusof
July 14, 2025
Share on Facebook

Sambutan ulang tahun ke-100 Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini menjadi tumpuan ramai, bukan sahaja kerana angka usia yang cukup bersejarah, tetapi juga disebabkan kehadiran figura-figura terkenal tanah air yang turut memeriahkan suasana. Antara yang mencuri perhatian ialah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, yang hadir bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian di Instagram Bella, beliau memuat naik sebuah video yang memaparkan momen istimewa sewaktu mereka menyertai majlis sambutan ulang tahun bekas Perdana Menteri itu. Video berdurasi singkat itu memaparkan Tun Mahathir dan isteri tercinta, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, menyambut kehadiran mereka dengan penuh mesra dan ramah. Senyuman manis dan keramahan pasangan negarawan itu jelas terpancar walaupun sudah menginjak usia emas.

View this post on Instagram

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Apa yang lebih menyentuh hati, kapsyen video tersebut menyebutkan “Cinta mati yang sebenar”, merujuk kepada ikatan kasih sayang yang kekal utuh antara Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Pasangan legenda ini sering menjadi simbol cinta sejati di mata rakyat Malaysia, dan momen mereka di majlis itu sekali lagi menghidupkan inspirasi buat ramai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat bagaimana Tun Mahathir masih begitu gagah dan bersemangat pada usia 100 tahun. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum terhadap keakraban pasangan tersebut dan memuji sikap hormat Bella serta Syed Saddiq yang hadir bagi meraikan tokoh besar negara. Ada juga yang mengusik untuk melihat cinta utuh mereka berdua pula.

“Cinta sejati bukan hanya tentang kata-kata, tetapi kesetiaan yang teruji waktu. Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah adalah bukti hidup akan perkara itu,”

“Tunggu cinta mereka pula”

“Tun Mahatahir dan isteri macam dah bagi restu, apa lagi Syed Saddiq”

“Sekarang, ada cinta lain yang kami nak tengok”

Majlis ulang tahun ini bukan sahaja menyatukan kenalan rapat dan tokoh masyarakat, malah turut memberi ruang untuk generasi muda menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin yang pernah mentadbir negara selama lebih dua dekad. Sekalung tahniah Murai ucapkan buat Tun Dr. Mahathir Mohamad atas sambutan ulang tahun yang ke-100. Semoga terus dikurniakan kesihatan dan keberkatan bersama Tun Siti Hasmah.

Syed Saddiq Pujuk Hati Ibu Bella Astillah Dengan Puisi, Netizen Dakwa Tanda 'Serius' Mahu Berumah Tangga?
100 tahunBella Astillahsyed saddiqtun mahathir
https://lomp.at/l7tmn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara