Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026
Foto - @sharnaazahmad (IG)

Foto - @sharnaazahmad (IG)

38
KONGSIAN
Share on Facebook

Disebabkan oleh trend “takut bini” yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran tegas. Akui pelakon itu, trend tersebut bukan sekadar hiburan tetapi secara tidak langsung boleh memberi kesan buruk kepada sebuah institusi perkahwinan.

“Perkara ini mungkin ada kaitan dan mungkin juga tiada kaitan dengan aku. Aku tak marah tetapi ini hanya sekadar teguran. Aku faham sekarang kita di zaman influencer, aku sendiri terhibur. Aku cuma nak tegur orang yang buat konten ‘takut bini’.”

View this post on Instagram

Tegas Sharnaaz, watak yang dilakonkan dalam konten tersebut berpotensi untuk terbawa-bawa ke dalam kehidupan sebenar.

“Perkara itu satu perkara yang boleh mempengaruhi rumah tangga kau sendiri. Kepada kaum wanita yang kononnya berlakon untuk konten, korang tak sedar ke dalam dunia nyata pun kau akan terbawa karakter itu. Kau tak sedar yang konten itu memberi kesan kepada mereka yang telah berkahwin. Kebiasaannya orang yang buat konten seperti itu akhirnya akan bercerai.”

View this post on Instagram

Sharnaaz menasihati agar segelintir pencipta kandungan untuk berhenti membuat konten sedemikian kerana ia boleh mempengaruhi pasangan muda.

“Jangan sampai semata-mata nak cari duit, akhirnya kita memalukan diri sendiri dan memberi contoh salah kepada masyarakat. Hormati wanita tapi bukan takut. Tapi kalau dalam perkahwinan, lelaki sampai takut, perkahwinan itu akan ada masalah.”

Pada masa yang sama, pelakon itu turut memaklumkan bahawa setiap individu perlu menghormati wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam kehidupan.

Sharnaaz Ahmad menegaskan bahawa kaum lelaki perlu arif dalam membezakan antara realiti dan hiburan. Apa pendapat kamu, adakah trend ini sekadar lawak atau berbahaya?

Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Hari Lahir Buat Arwah Bapa-"Hidup Tanpa Kamu Tidak Akan Sama.."
sharnaaz ahmad
https://lomp.at/9fwnn
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Josiah Hogan Dedah Sikap Pelakon Yang ‘Demand’, Undang Reaksi Rakan Selebriti!-“Yang Tu Station Suka..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Aktor, Josiah Hogan mempersoalkan sikap seorang pelakon yang dikatakan bersikap 'demand' mahukan bayaran yang mahal dan pulang awal ke rumah...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Foto - @datoserividaofficial (TikTok) / @cikb_havoc66 (IG)
Lokal

“Sorry Guys, Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa”- Cik B

by Nurul A.
April 7, 2026

Nama ibu pempengaruh Cik B, Datuk Seri Vida jadi perhatian selepas tidak sengaja membangkitkan topik sensitif berkaitan bekas suami Linda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara